Terdapat 1522 berita berdasarkan kata kunci carian " ogos"

Bursa Malaysia Kekal Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan momentum meningkat pada tengah hari seiring dengan prestasi pasaran serantau yang positif berikutan sentimen pasaran bertambah baik selepas data inflasi Julai Amerika Syarikat (AS) berada di bawah jangkaan, pada 2.7 peratus, mengukuhkan harapan untuk penurunan kadar faedah pada September.

Dasar Pengkomputeran Awan Letak Malaysia Sebagai Hab Serantau Menjelang 2030 - Gobind

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Malaysia mengesahkan cita-citanya untuk menjadi hab awan dan digital serantau yang terkemuka menjelang 2030 menerusi pelancaran Dasar Pengkomputeran Awan Negara (NCCP), satu langkah penting dalam pembangunan ekosistem digital negara, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.

MCBA Gesa Perniagaan Malaysia Rebut Peluang Pasaran Kemboja Di Sebalik Gangguan Bekalan

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Persatuan Perniagaan Malaysia-Kemboja (MCBA) menggesa perniagaan Malaysia merebut peluang baharu di Kemboja berikutan gangguan rantaian bekalan disebabkan oleh situasi sempadan Kemboja-Thailand baru-baru ini.

MyCC Anjur Konsultasi Awam Kedua Bagi Kajian Ekonomi Digital Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) akan menjalankan konsultasi awam bagi draf laporan akhir Kajian Pasaran Ekosistem Ekonomi Digital pada Selasa depan di Asian Institute of Chartered Bankers (AICB) Centre of Excellence di sini.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini, mencerminkan kenaikan semalaman Wall Street selepas angka indeks harga pengguna Amerika Syarikat (AS) berada di bawah jangkaan, atas faktor ini ia mungkin akan menurunkan kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed) AS bulan depan.

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka lebih tinggi pada awal dagangan hari ini.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar US

KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US hari ini, disokong oleh penurunan 0.43 peratus dalam Indeks Dolar AS (DXY) kepada 98.097 selepas kadar inflasi AS lebih rendah daripada jangkaan.

Logam Asas, Galian Bukan Logam Dan Kayu Sumbang Nilai Pelaburan Asing Tertinggi Di Sabah

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Terdapat tiga industri utama dalam sektor perkilangan di Sabah yang menyumbang nilai pelaburan asing tertinggi dalam tempoh 10 tahun, iaitu dari 2015 hingga 2024, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Rangkaian Keselamatan AI ASEAN Disasar Diterima Pakai Pemimpin Pada Sidang Kemuncak ASEAN Pada Oktober 

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Satu deklarasi mengenai penubuhan Rangkaian Keselamatan AI ASEAN (ASEAN AI Safe) disasarkan akan diterima pakai oleh para pemimpin pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, kata Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Berikutan Jangkaan Eksport Mengukuh

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (CPO) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, dipacu oleh jangkaan eksport yang lebih kukuh dalam beberapa minggu akan datang, kata peniaga minak sawit David Ng.

MIHAS 2025 Dijangka Tarik Lebih 45,000 Pelawat Perdagangan, 2,300 Reruai Dari 45 Negara

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2025 dijangka menarik lebih 45,000 pelawat perdagangan dan akan menampilkan 2,300 reruai yang mewakili 45 negara.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Rendah

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah, menjejaki penurunan mendadak pasaran emas di Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS).