1tahun ago
KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata prestasi kukuh ekonomi Malaysia pada Suku Ketiga (S3) 2024 mencerminkan keyakinan perniagaan dan juga pengguna terhadap ekonomi Malaysia dan pengurusan ekonomi kerajaan.
1tahun ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mencatatkan penurunan hari ini dengan indeks utama ditutup pada paras terendah intra hari berikutan ketiadaan pemangkin belian di tengah-tengah kelemahan pasaran serantau ekoran ketidaktentuan ekonomi global dan kebimbangan geopolitik.
1tahun ago
SHAH ALAM, 13 Nov (Bernama) -- Kerajaan Selangor hari ini membentangkan Belanjawan 2025 berjumlah RM3 bilion untuk mengurus dan meneruskan pembangunan negeri itu bagi tahun depan.
1tahun ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengekang kenaikan awal apabila mengakhiri dagangan sesi pagi dengan prestasi rendah pada Jumaat, ekoran tekanan jualan dilihat di seluruh papan walaupun data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia adalah positif bagi suku ketiga 2024.
1tahun ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi hari ini berikutan minat belian baharu, justeru mengatasi prestasi Wall Street yang lemah dalam tempoh semalaman.
1tahun ago
LIMA (Peru), 15 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis mengadakan perbincangan dengan syarikat teknologi gergasi Google khususnya yang berkaitan pusat data dan kecerdasan buatan (AI).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini, disokong oleh minat belian yang berterusan dalam persekitaran prestasi Wall Street semalaman bercampur-campur selepas data inflasi Amerika Syarikat (AS) mencatatkan dalam jangkaan.
1tahun ago
Daripada Zarul Effendi Razali
ABU DHABI, 13 Nov (Bernama) -- Pelbagai inisiatif di bawah Rangka Kerja Ekonomi MADANI merupakan antara perkara yang bakal diketengahkan dalam siri lawatan rasmi Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang bermula hari ini.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Malaysia komited untuk mencapai pelepasan gas rumah hijau sifar bersih menjelang 2050, meletakkan dirinya sebagai pemain global yang bertanggungjawab dalam menangani perubahan iklim walaupun menyumbang hanya 0.8 peratus daripada pelepasan global.
1tahun ago
GURUN, 12 Nov (Bernama) – Pos Malaysia Bhd telah menambah 1,092 motosikal elektrik kepada kumpulannya sebagai sebahagian daripada matlamat untuk menukar semua kenderaan penghantaran jarak terakhirnya kepada kenderaan elektrik (EV) menjelang 2030.
1tahun ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) – Tawaran awam permulaan (IPO) Bursa Malaysia Bhd kembali mencatatkan lonjakan, mencerminkan keyakinan semula pelabur terhadap bursa tempatan itu ketika 2024 semakin melabuhkan tirainya.
1tahun ago
LIMA (Peru), 12 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dianugerahkan pingat tertinggi Peru, “El Sol del Peru” sebagai satu penghormatan tertinggi kepada ketua kerajaan semasa lawatan sulung beliau ke negara Amerika Latin sejak menggalas tanggungjawab berkenaan pada 2022.