10bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Axiata Group Bhd dan Sinar Mas mengumumkan pemegang saham PT XL Axiata Tbk, PT Smartfren Telecom Tbk dan PT Smart Telcom (SmartTel) telah meluluskan penggabungan ketiga-tiga syarikat itu menjadi XLSMART secara rasmi.
10bulan ago
PERTH, 25 Mac (Bernama) -- Perjalanan udara Asia Pasifik meningkat semula melepasi paras prapandemik, dipacu oleh permintaan kukuh, pertumbuhan ekonomi global dan peningkatan jumlah penumpang, kata Persatuan Syarikat Penerbangan Asia Pasifik (AAPA).
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Velesto Energy Bhd bercadang untuk mengurangkan modal sebanyak RM1.2 bilion bagi mengimbangi sebarang kerugian terkumpul syarikat.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Dewan Negara sebulat suara meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (CCUS) 2025 hari ini bagi memberi peluang kepada pengembangan pelaburan serta ekonomi negara.
10bulan ago
SEPANG, 25 Mac (Bernama) -- AirAsia menjangkakan tahun kewangan 2025 menjadi tempoh “bullish” atau tahun peningkatan kukuh, dipacu pemulihan yang positif, pengembangan strategik dan kecekapan operasi.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) diberi sasaran bagi meningkatkan eksport barangan negara sebanyak lima peratus kepada RM1.58 trilion pada 2025.
10bulan ago
Oleh Karina Imran
PERTH, 24 Mac (Bernama) -- Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) bersedia untuk mengukuhkan rangkaian dan sambungannya di Routes Asia 2025, Perth, yang mana ia dijadualkan memenuhi matlamat 18 syarikat penerbangan yang menjadi sasaran.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) mempelawa syarikat Malaysia daripada pelbagai industri untuk menyertai empat pameran perdagangan utama iaitu Battery Show Asia, Mobility-Tech Asia, Build4Asia dan Data Center Asia yang akan diadakan serentak di AsiaWorld-Expo, Hong Kong bermula 15 hingga 17 Julai 2025.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) – Pembuat dasar perlu memiliki instrumen dan strategi yang mampu menguruskan peningkatan kejutan penawaran yang semakin kompleks pada masa akan datang, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Inflasi dijangka menunjukkan trend menaik antara dua peratus hingga 3.5 peratus tahun ini berbanding purata pada 1.8 peratus pada tahun 2024 tetapi akan kekal terkawal berikutan keadaan kos global yang semakin reda dan ketiadaan tekanan permintaan yang berlebihan.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Ekonomi Malaysia diunjur berkembang antara 4.5 peratus hingga 5.5 peratus pada 2025 didorong oleh permintaaan dalam negeri yang terus kukuh dan landskap pelaburan mantap dengan eksport dijangka sederhana dalam keadaan ketidakpastian luaran, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
10bulan ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 22 Mac (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia dijangka akan diniagakan secara mendatar dengan kecenderungan sedikit menurun pada minggu depan, memandangkan pelbagai industri masih berhati-hati dengan dasar tarif Donald Trump, kata pakar industri Denis Low.