1tahun ago
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia menyaksikan dagangan mendatar pada sesi awal urus niaga Rabu, diasak sentimen berhati-hati yang berlanjutan menjelang pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) pada 5 November ini.
1tahun ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Selasa, mencecah paras tertinggi dalam dua tahun, kata penganalisis kanan Fastmarket Palm Oil Analytics Sathia Varqa.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 Malaysia mengesahkan komitmen kerajaan ke arah pengukuhan fiskal secara beransur-ansur daripada paras hutang yang tinggi berbanding rakan setara, menurut Fitch Ratings.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Malaysia, sebagai sebuah ekonomi kecil dan terbuka, perlu memastikan keadaan siap siaga dengan baik dan mempunyai semua penampan yang diperlukan untuk menghadapi perubahan persekitaran ekonomi global, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.
1tahun ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives meningkat kepada lebih RM4,600 satu tan bagi kontrak penanda aras Januari 2025, didorong sentimen positif ketika jangkaan penyusutan pengeluaran dan paras stok yang lebih rendah, kata peniaga.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Inflasi Malaysia diunjurkan pada 2.3 peratus tahun ini dan 2.9 peratus pada 2025 berbanding unjuran Bank Negara Malaysia (BNM) iaitu antara 2 peratus dan 3.5 peratus bagi 2024, kata Ketua Ahli Ekonomi Allianz SE Ludovic Subran.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- MIDF Amanah Investment Bank Bhd menyemak semula unjuran inflasi 2024 kepada 2.0 peratus daripada 2.3 peratus sebelum ini, dengan mengambil kira rasionalisasi subsidi petrol tidak dilaksanakan tahun ini.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Inflasi Malaysia sangat mengejutkan pada 2024, dengan inflasi utama dan teras pada purata 1.8 peratus pada suku pertama hingga ketiga tahun ini, menurut ahli ekonomi kanan OCBC untuk ASEAN Lavanya Venkateswaran.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd mengekalkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada 5.0 peratus untuk 2024 selain menjangkakannya menjadi sederhana kepada 4.8 peratus pada 2025.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) dijangka mencatat pulangan stabil berterusan daripada loji janakuasa hidro susulan pelaksanaan Program Pelanjutan Hayat Hidro (HLEP).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- MIDF Research mengekalkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2024 pada 5.0 peratus yang disokong oleh peningkatan berterusan dalam perbelanjaan domestik dan berlaku pemulihan dalam eksport.