BERITA TERKINI   Piala Malaysia : Terengganu FC 1-1 Kuala Lumpur City FC | 

Terdapat 1513 berita berdasarkan kata kunci carian " ogos"

Pelaburan Tambahan Bukti Keyakinan Pelabur Terhadap Prospek Ekonomi Negara - Zafrul

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Kemasukan pelaburan tambahan ke Malaysia disokong oleh keyakinan pelabur terhadap prospek ekonomi negara, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz. 

Kadar Dividen KWSP Dijangka Lebih Tinggi Pada 2025 - Ahli Ekonomi

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Peningkatan pendapatan pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada separuh pertama 2025 dijangka menghasilkan pembayaran dividen lebih tinggi tahun ini, manakala kenaikan berterusan dalam pasaran ekuiti global akan melonjakkan lagi prestasi suku ketiga, kata ahli ekonomi.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Walaupun COMEX AS Mengukuh

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives (BMD) ditutup rendah pada Khamis, bertentangan dengan trend kenaikan yang dapat disaksikan di pasaran emas COMEX AS.

89 Peratus Pengguna Internet Malaysia Guna AI Setiap Hari - Kajian Telenor Asia

SHAH ALAM, 14 Ogos (Bernama) -- Sebanyak 89 peratus pengguna internet di Malaysia menggunakan kecerdasan buatan (AI) setiap hari berbanding 75 peratus yang direkodkan pada 2024, menurut kajian oleh Telenor Asia.

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, seiring dengan prestasi lemah di pasaran tunai pendasar.

Ringgit Ditutup Rendah Selepas Tiga Hari Kenaikan

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah hari ini, mengakhiri kenaikan selama tiga hari berturut-turut berikutan aktiviti pengambilan untung, apabila para peniaga memilih untuk mengunci keuntungan yang diterima sebelum ini.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susut Daripada Kenaikan 7 Hari Berturut-Turut

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini susut daripada kenaikan selama tujuh hari berturut-turut berikutan aktiviti pengambilan untung yang sejajar dengan prestasi lemah di pasaran serantau. 

KWSP Catat Jumlah Pendapatan Pelaburan RM38.92 Bilion Bagi Separuh Pertama 2025

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan jumlah pendapatan pelaburan sebanyak RM38.92 bilion bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2025, meningkat 3.0 peratus berbanding RM37.90 bilion dalam tempoh yang sama pada 2024.

Pasaran Getah Ditutup Rendah Seiring Pasaran Niaga Hadapan Getah Serantau

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia meneruskan trend menurun untuk ditutup rendah hari ini seiring dengan pasaran niaga hadapan getah serantau yang perlahan dan pengukuhan ringgit berbanding dolar AS, kata peniaga.

Proses Penggabungan Pekebun Kecil Getah Berada Di Landasan Yang Tepat - Johari

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Proses penggabungan pekebun kecil getah dan penyatuan tanah getah berskala kecil berada di landasan yang tepat, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

SBAN, MBAN Memeterai Perjanjian Tingkat Ekosistem Pelaburan Mangkin Di Sarawak

KUCHING, 14 Ogos (Bernama) -- Inisiatif Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC), Sarawak Business Angel Sarawak (SBAN), hari ini telah menandatangani memorandum perjanjian dengan Malaysian Business Angel Sarawak (MBAN) untuk mengukuhkan ekosistem pelaburan mangkin di negeri ini.

Malaysia Boleh Jadi Penghubung Ekonomi ASEAN Ke Asia Selatan Menerusi Bangladesh – Yunus

Oleh Kisho Kumari Sucedaram 

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) - Malaysia boleh menjadi penghubung ekonomi lebih meluas antara ASEAN dan rantau Asia Selatan dan dengan kedudukan strategik sebagai hab perdagangan, pengeluaran dan pelaburan, Bangladesh mampu menawarkan peluang perniagaan yang besar.