BERITA TERKINI   PM Anwar zahir simpati kepada lebih 50 mangsa terlibat dalam kejadian titi gantung runtuh di Lata Rek, Kuala Krai - PMO | PM Anwar arah peruntukan disediakan bagi ganti titi gantung di Lata Rek, Kuala Krai, Kelantan yang runtuh semalam - PMO | Tan Sri Hasnah Mohammed Hashim dilantik Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Dalam Talian berkuat kuasa 1 Jan 2026 hingga 31 Dis 2028 - Azalina | Jawatankuasa Keselamatan Dalam Talian ditubuh bagi memandu hala tuju keselamatan dalam talian negara - Azalina | Pelabuhan Tanjung Pelepas catat peningkatan 14 peratus pengendalian kontena kepada 14.03 juta TEUs pada 2025, menjadi terminal kontena pertama di Malaysia lepasi paras 14 juta TEUs | 

Pasaran Getah Ditutup Rendah Seiring Pasaran Niaga Hadapan Getah Serantau

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia meneruskan trend menurun untuk ditutup rendah hari ini seiring dengan pasaran niaga hadapan getah serantau yang perlahan dan pengukuhan ringgit berbanding dolar AS, kata peniaga.

Beliau berkata sentimen pasaran terjejas disebabkan isyarat ekonomi yang lembap di China, dengan pinjaman baharu dalam mata wang yuan menyusut pada Julai buat kali pertama dalam tempoh 20 tahun.

Penyusutan jualan kereta di Amerika Syarikat, yang berkurangan 300,000 pada Jun kepada 15.3 juta daripada 15.6 juta selepas situasi pembelian tergesa-gesa turut memberi kesan kepada sentimen.

Bagaimanapun, penyusutan selanjutnya dihadkan oleh kenaikan harga minyak mentah serta kebimbangan mengenai potensi kekurangan bekalan getah asli akibat cuaca hujan di Thailand.

Jabatan Meteorologi Thailand memberi amaran mengenai hujan lebat dan pengumpulan air yang boleh menyebabkan banjir kilat dan limpahan air dari 13 hingga 19 Ogos.

Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia melaporkan harga Standard Malaysian Rubber (SMR) 20 susut 6.0 sen kepada 726.50 sen sekilogram manakala susu getah pukal berkurangan 3.0 sen to 570.0 sen sekilogram.

-- BERNAMA