Terdapat 2091 berita berdasarkan kata kunci carian "minyak"

Ringgit Dibuka Mengukuh Berbanding Dolar AS Didorong Sentimen Lebih Baik

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini, disokong oleh sentimen global yang lebih baik apabila pelabur memberi reaksi positif terhadap perkembangan dalam pasaran minyak.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Disokong Harga Minyak Mentah, Jangkaan Eksport Positif

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Isnin, seiring kenaikan harga minyak mentah serta jangkaan eksport yang bertambah baik.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Sedikit Lebih Rendah Menjelang Mesyuarat Fed

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Isnin apabila pedagang dilihat bersikap berhati-hati menjelang kemungkinan Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat mengambil pendekatan lebih agresif dalam mesyuarat minggu ini.

Ringgit Mengukuh Berbanding Dolar AS, Mata Wang Utama Susulan Sentimen Serantau Stabil

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) -- Ringgit mengakhiri urus niaga Isnin dengan lebih mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan mata wang utama lainnya ketika pasaran memaparkan sentimen serantau dan risiko global lebih stabil yang hanya melemahkan dolar AS di tengah-tengah permintaan terhadap aset selamat.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Berikutan Konflik Asia Barat Jejas Sentimen Pasaran

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin berikutan ketegangan geopolitik yang berterusan di Asia Barat terus memberi kesan kepada sentimen pasaran.

Pelabur Asing Catat Aliran Keluar US$16.8 Bilion Di Lapan Pasaran Asia Minggu Lepas

KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) -- Pelabur asing meneruskan penjualan bersih selama empat minggu berturut-turut di lapan pasaran Asia, dengan aliran keluar bersih berjumlah US$16.8 bilion, menurut MBSB Investment Bank Bhd.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Berikutan Aktiviti Pengambilan Untung

KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari ini, dipengaruhi aktiviti pengambilan untung dalam saham produk dan perkhidmatan industri, produk dan perkhidmatan pengguna serta pembinaan.

Konflik Asia Barat: Tiada Pakej Rangsangan Ekonomi Buat Masa Ini - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) -- Tiada pakej rangsangan ekonomi akan diperkenalkan buat masa ini susulan konflik di Asia Barat, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Jejaki Penurunan Wall Street

KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka lebih rendah pada Isnin, menjejaki penurunan Wall Street malam sebelumnya susulan kenaikan harga minyak mentah.

Ringgit Dibuka Tinggi Sedikit Berbanding Dolar AS Disokong Sentimen Berhati-hati

KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) -- Ringgit dibuka sedikit tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin, disokong oleh kelemahan sederhana dolar, namun ketidaktentuan geopolitik yang berterusan serta harga minyak yang tinggi mengehadkan kenaikan.

BNM Dijangka Nilai Kesan Kejutan Minyak Sebelum Naikkan Kadar Faedah Kekang Inflasi

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 15 Mac (Bernama) -- Penggubal dasar berkemungkinan menilai keadaan terlebih dahulu sebelum menaikkan kadar faedah bagi mengekang inflasi yang berpunca daripada kesan konflik di Asia Barat serta lonjakan harga minyak, kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid.

Mengemudi Cabaran Kalendar F1 2026 Ketika Konflik Asia Barat

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 15 Mac (Bernama) -- Ketika Formula 1 (F1) membuka kalendar 2026 bermula di Melbourne, Australia dari 6 hingga 8 Mac, sukan permotoran itu kini menghadapi cabaran geopolitik yang paling sukar dalam beberapa tahun kebelakangan ini.