2bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Kementerian Ekonomi berkata sistem BUDI MADANI RON95 (BUDI95) berfungsi dengan lancar dan stabil dengan lebih 11 juta rakyat Malaysia telah menikmati harga RON95 pada harga subsidi RM1.99 seliter setakat 13 Okt, 2025.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Sebanyak 10,600 pemohon atau 87.2 peratus daripada jumlah pemohon yang disasarkan di bawah Program Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas) berjaya membuat pembelian motosikal elektrik dengan menerima rebat setakat 8 Oktober lepas.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) melalui Lembaga Koko Malaysia (LKM) memperuntukkan RM19 juta dari 2024 hingga 2026 bagi Projek Pemulihan Kebun Koko di seluruh Malaysia untuk meningkatkan taraf penanaman koko sebagai sumber utama ekonomi negara.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Kerajaan komited memperluas pengiktirafan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) di peringkat antarabangsa khususnya untuk memperkasa penyertaan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dalam industri halal global dan memperkukuh rantaian nilai eksport negara.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Kerajaan Persekutuan meluluskan pinjaman sebanyak RM24.15 bilion kepada kerajaan negeri sehingga 31 Ogos 2025, menurut Kementerian Kewangan (MOF).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Malaysia dan Majlis Kerjasama Teluk (GCC) kini sedang dalam proses memuktamadkan tarikh yang sesuai untuk memulakan pusingan pertama rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA), kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Malaysia mengeksport sebanyak 115,359 tan metrik bernilai RM6.37 bilion durian dalam pelbagai bentuk iaitu sejuk beku, segar serta 'pulp and paste' ke pasaran China dari tahun 2018 hingga 2025, kata Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang lebih rendah dijangka menyokong kemampuan pemilikan rumah melalui pengurangan kos bayaran balik hutang, menurut Kementerian Kewangan (MOF).
3bulan ago
KUALA LUMPUR, Sept 9 (Bernama) -- Kenaikan pemberian mengikut bilangan orang sebanyak 25 peratus atau RM109.2 juta kepada kerajaan negeri memberi implikasi kewangan berjumlah RM547.6 juta kepada kedudukan kewangan semasa kerajaan persekutuan pada 2026, menurut Kementerian Kewangan.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Kerajaan telah merangka strategi bagi memastikan impak tarif timbal balas Amerika Syarikat (AS) ke atas Malaysia tidak menjejaskan pelaburan langsung asing, sekali gus mengurangkan impak terhadap ekonomi negara, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Sebanyak 11.8 juta transaksi pembayaran respons pantas (QR) rentas sempadan bernilai RM967 juta direkodkan daripada pelawat asing di Malaysia dan rakyat Malaysia yang melancong ke luar negara sepanjang separuh pertama 2025.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Harga jualan kenderaan di Malaysia tidak dikawal oleh kerajaan dan ia ditentukan oleh pasaran, menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).