Terdapat 61 berita berdasarkan kata kunci carian "economy"

Pertumbuhan Pembayaran Digital Di Asia Tenggara Adalah Pencetus Perubahan - Ant International

SINGAPURA, 6 Nov (Bernama) -- Ekosistem pembayaran digital di Asia Tenggara sedang berkembang pesat, menggabungkan pendekatan inovatif dan mewujudkan peluang yang belum pernah terjadi sebelum ini.

Rangka Kerja Bandar Pintar Malaysia Capai Hasil Memberangsangkan - Gobind 

BARCELONA, 6 Nov (Bernama) -- Rangka Kerja Bandar Pintar Malaysia, yang bertujuan memacu bandar-bandar tempatan mencapai standard bandar pintar global, menonjolkan hasil yang memberangsangkan apabila berjaya melonjakkan Kuala Lumpur ke kedudukan lebih baik berbanding tahun lepas, dalam Indeks Bandar Pintar Institut Pembangunan Pengurusan (IMD).

Forum Ekonomi Belia Sedia Platform Belia Bina Negara

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Forum Ekonomi Belia (YEF) 2024, yang mengumpulkan lebih 1,200 delegasi hari ini, menyediakan platform kepada profesional muda, universiti dan pelajar kolej untuk terlibat dalam perbincangan tentang landskap ekonomi Malaysia yang sedang berkembang, memfokuskan kepada ekonomi digital dan hijau, serta pembangunan bakat.

Kerajaan Pastikan Belia Peroleh Akses Pekerjaan - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Kerajaan komited untuk memastikan belia memperoleh akses kepada pekerjaan yang sepadan dengan latihan mereka dan tiada wilayah yang terpinggir daripada mendapat pendedahan digital.

MIDA Jalinkan Pelabur Dengan Bakat Tempatan Menerusi Laluan Inovatif - Ceo

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) sedang giat memetakan laluan inovatif dan strategik, menghubungkan pelabur serta peserta industri dengan bakat tempatan untuk memenuhi permintaan industri yang semakin meningkat.

Kerajaan Mahu Syarikat Teknologi Tempatan Kembang Perniagaan Di Malaysia - Gobind

CYBERJAYA, 4 Okt (Bernama) -- Pelaburan asing mencatatkan lonjakan dalam ekonomi digital Malaysia, justeru kerajaan mahu melihat lebih banyak syarikat teknologi tempatan mengambil peluang tersebut dan mengembangkan perniagaan mereka di negara ini, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.

MDEC, MATRADE Mudah Cara Lebih 150 Padanan Perniagaan Berpotensi Di Tokyo Game Show 2024

Daripada Durratul Ain Ahmad Fuad

TOKYO, 29 Sept (Bernama) -- Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) telah memudah cara lebih 150 padanan perniagaan yang berpotensi untuk 10 studio dan syarikat Malaysia semasa Tokyo Game Show (TGS) 2024.

Bandai Namco Jepun Sasar Kerjasama Dengan Pembangun Permainan Malaysia

Daripada Durratul Ain Ahmad Fuad

TOKYO, 27 Sept (Bernama) -- Penerbit permainan video Jepun, Bandai Namco berhasrat untuk bekerjasama dengan pembangun permainan di Malaysia.

Industri Permainan Video Malaysia Dijangka Raih Peningkatan Pelaburan Dari Jepun

Daripada Durratul Ain Ahmad Fuad

TOKYO, 27 Sept (Bernama) -- Industri permainan video Malaysia dijangka meraih peningkatan pelaburan asing terutama dari Jepun, menurut Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC).

Ekonomi Digital Dijangka Capai Unjuran Sumbangan 25.5 Peratus Kepada KDNK Akhir 2025

KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) -- Menteri Digital Gobind Singh Deo yakin ekonomi digital akan mencapai atau melebihi unjuran sumbangan 25.5 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia menjelang akhir 2025 berikutan keupayaan Malaysia untuk terus menarik pelabur.

AmBank Islamic Peruntuk RM450,000 Menerusi Itekad Sokong Ibupreneur Malaysia

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- AmBank Islamic Bhd memperuntukkan sebanyak RM450,000 untuk menyokong Ibupreneur Malaysia, perusahaan sosial yang memperkasakan usahawan wanita. 

Peluang Sertai Anugerah Sarawak DEA 2024 Dibuka Sehingga 23 September

KUCHING, 18 Sept (Bernama) -- Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) mempelawa penyertaan bagi Anugerah Ekonomi Digital Sarawak 2024 yang dibuka sehingga 23 September ini.