Terdapat 650 berita berdasarkan kata kunci carian " yakin"

Penerbangan Pertama AirAsia X Ke Istanbul Catat Permintaan Tinggi Dua Hala

Daripada Fatin Umairah Abdul Hamid

ISTANBUL (TURKIYE), 17 Nov  (Bernama) -- Penerbangan pertama AirAsia X (AAX) ke Istanbul, Turkiye, mencatat permintaan kukuh bagi kedua-dua hala, dengan penerbangan dari Kuala Lumpur beroperasi pada 81 peratus kapasiti dan penerbangan balik hampir 89 peratus penuh.

Untung Bersih TH Plantations Naik Kepada RM31.6 Juta Susulan Harga Produk Sawit Lebih Tinggi

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Untung bersih TH Plantations Bhd melonjak kepada RM31.60 juta pada suku ketiga yang berakhir 30 Sept, 2025 daripada RM21.55 juta dalam tempoh sama tahun lepas. 

CelcomDigi Catat Untung Bersih Lebih Rendah Kepada RM341.23 Juta Pada Suku Ketiga 

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- CelcomDigi Bhd mencatatkan keuntungan bersih yang lebih rendah kepada RM341.23 juta bagi suku ketiga (S3) berakhir 30 September, 2025, daripada RM436.98 juta pada tempoh yang sama tahun lalu.

BNM Perkukuh Sistem Keselamatan Digital, Tangani Penipuan Kewangan Melalui NSRC

GEORGE TOWN, 16 Nov (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) bersama agensi penguat kuasa akan terus memperkukuh sistem keselamatan digital dan mempercepat tindakan menerusi Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) bagi memastikan penipuan kewangan dapat dibanteras.

Ekonomi Malaysia Kekal Stabil, Berdaya Tahan - Gabenor

GEORGE TOWN, 15 Nov (Bernama) -- Ekonomi Malaysia kekal stabil dan berdaya tahan meskipun berdepan dengan pelbagai cabaran global, menurut Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.

Kutipan Hasil Selangor Cecah RM2.49 Bilion, Atasi Sasaran Awal -- MB

SHAH ALAM, 14 Nov (Bernama) -- Jumlah kutipan hasil Selangor mencecah RM2.49 bilion setakat 13 November 2025 yang merupakan peningkatan lebih 106 peratus berbanding anggaran awal tahun penuh sebanyak RM2.35 bilion.

Petronas Lantik Maimunah Mohd Sharif Penasihat Hartanah, Berkuat Kuasa 17 Nov 2025

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Petronas melantik Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif sebagai Penasihat Hartanahnya, berkuat kuasa 17 Nov 2025.

AWC Peroleh Lanjutan Konsesi Penyelenggaraan Zon Selatan Dan Sarawak Selama Setahun Bernilai RM63.7 Juta

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) --  Anak syarikat milik penuh AWC Bhd, kumpulan perkhidmatan kejuruteraan disenaraikan di Pasaran Utama, Ambang Wira Sdn Bhd (AWSB) telah menerima surat daripada Kementerian Kerja Raya mengenai lanjutan konsesi 10 tahun diperoleh ketika ini yang akan tamat tempoh pada 31 Disember, 2025.

Hong Leong Bank Yakin Ringgit Miliki Kekuatan Asas Kukuh Untuk Teruskan Kenaikan

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Hong Leong Bank Bhd (HLB) yakin ringgit mempunyai kekuatan asas yang mencukupi untuk meneruskan aliran meningkatnya selepas mata wang tempatan itu dibuka pada 4.12 berbanding dolar AS pada Rabu, paras paling kukuhnya sejak 30 September 2024.

Visa Akan Perluas Perdagangan Pintar Seluruh Asia-Pasifik, Pelan Perintis Awal 2026

Daripada Danni Haizal Danial Donald

SINGAPURA 12 Nov (Bernama) -- Peneraju global dalam pembayaran digital, Visa Inc mengumumkan peluasan rangkaian Perdagangan Pintar Visa di seluruh Asia Pasifik dengan rancangan untuk melancarkan program perintis di rantau ini pada awal 2026.

Industri Pembrokeran Bursa Malaysia Terbit Kertas Cadangan Ketahanan Siber

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia Bhd dengan kerjasama industri pembrokeran saham Malaysia hari ini mengumumkan kertas cadangan yang terdiri daripada satu siri peningkatan ketahanan siber untuk mengukuhkan integriti ekosistem saham.

Pembangunan EV Perodua Cermin Komitmen Malaysia Terhadap Teknologi Hijau - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) - Pembangunan model kenderaan elektrik (EV) Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) akan memperkukuh keupayaan industri automotif nasional serta mencerminkan komitmen negara terhadap teknologi hijau, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.