3bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) tinggi semasa mengakhiri sesi pagi ini, didorong oleh minat belian baharu dalam saham mewah terpilih walaupun sentimen berhati-hati dalam ketegangan geopolitik yang meningkat.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Harga minyak mentah dijangka meningkat ke paras sekitar US$85 setong dalam jangka masa terdekat, dipacu oleh risiko dari segi bekalan yang berpunca daripada perkembangan geopolitik terkini, menurut CIMB Securities Sdn Bhd.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Kerajaan sedang memantau dengan teliti situasi geopolitik semasa dan potensi kesannya terhadap ekonomi Malaysia, terutamanya susulan peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia diniagakan rendah dalam dagangan awal hari ini berikutan pelabur menjadi lebih berhati-hati dalam persekitaran ketegangan geopolitik yang meningkat di Timur Tengah, kata penganalisis.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia susut pada sesi dagangan awal Jumaat berikutan ketiadaan pemangkin baharu selain pasaran Wall Street yang tidak beroperasi semalam, kata penganalisis.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga Jumaat dengan lebih mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika pelabur kekal dalam sentimen berhati-hati dalam senario konflik Timur Tengah yang kian meruncing, kata penganalisis.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB) mengekalkan unjuran bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) akan menurunkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas (bps) kepada 2.75 peratus dalam separuh kedua 2025 atas faktor keperluan ekonomi.
3bulan ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia hampir tidak berubah pada sesi pembukaan hari ini berikutan kekurangan pemangkin baharu selepas prestasi semalaman Wall Street yang mendatar, kata penganalisis.
4bulan ago
Oleh Anas Abu Hassan and Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi hari ini dalam situasi kebimbangan geopolitik yang berterusan dan walaupun dolar AS mengukuh selepas Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) memutuskan untuk mengekalkan kadar faedah, kata penganalisis.
4bulan ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed, Durratul Ain Ahmad Fuad, Zufazlin Baharuddin dan Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Di tengah-tengah lonjakan harga minyak akibat konflik Israel dan Iran, persidangan Energy Asia 2025 yang baru berakhir ini mencapai kata sepakat bahawa minyak dan gas kekal menjadi elemen penting kepada campuran tenaga global semasa krisis.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Konflik Iran-Israel memberikan risiko ekonomi langsung yang terhad kepada Malaysia berikutan pendedahan perdagangan negara itu yang minimum terhadap rantau ini dan situasi sebelum ini menunjukkan kenaikan harga minyak berkaitan konflik biasanya bersifat sementara, menurut CIMB Securities Sdn Bhd.
4bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -- Ringgit ditutup hampir tidak berubah berbanding dolar AS pada Selasa berikutan pelabur kekal berhati-hati dalam keadaan konflik ketenteraan yang berterusan di Timur Tengah.