16hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Maxis Bhd dianugerahkan gelaran ‘Ikon Transformasi Rangkaian Prestasi’ oleh penerbitan telekomunikasi antarabangsa, The Fast Mode, menerusi program anugerah 2025
17hari ago
KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) -- Semua kapal yang berdaftar di Malaysia dan syarikat perkapalan tempatan dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga, termasuk mengelak daripada berlayar menerusi Selat Hormuz sehingga notis selanjutnya dikeluarkan.
17hari ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) -- Kadar dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak 6.15 peratus bagi akaun simpanan konvensional dan shariah, dengan jumlah pembayaran RM79.6 bilion bagi 2025, adalah wajar serta mencerminkan prestasi pasaran kewangan yang berdaya tahan walaupun berdepan ketidaktentuan global, kata ahli ekonomi
19hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Penyelidikan Perbendaharaan dan Pasaran CIMB mengunjurkan kadar dasar semalaman (OPR) dikekalkan 2.75 peratus pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) 5 Mac di tengah-tengah ketidaktentuan kadar tarif Amerika Syarikat (AS).
19hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada hari dagangan terakhir minggu ini, sejajar dengan prestasi pasaran tunai yang perlahan.
19hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Malaysia tidak hanya tertumpu pada paras kadar pertukaran khusus ringgit tetapi sebaliknya pada kekuatan jangka panjang mata wang tersebut kerana ia mencerminkan kesihatan keseluruhan ekonomi negara.
20hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- TH Plantations Bhd mencatatkan peningkatan dalam keuntungan bersihnya kepada RM107.49 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2025 (TK2025) daripada RM75.17 juta pada tahun sebelumnya.
20hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Konglomerat DRB-HICOM Bhd mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi iaitu sebanyak RM397.97 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025 daripada RM22.55 juta bagi tahun kewangan sebelumnya.
20hari ago
Oleh M.Saraswathi
KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Syarikat kejuruteraan dan struktur keluli, Eversendai Corporation Bhd mencatatkan pemulihan kukuh daripada impak pandemik COVID-19, dengan perolehan melepasi RM2 bilion buat kali pertama dan keuntungan yang utuh selain membida projek bernilai kira-kira RM15 bilion di seluruh dunia.
21hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Capital A Bhd mencatat keuntungan bersih RM13.03 bilion pada tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2025 (TK2025), berbanding kerugian bersih RM501.24 juta pada tahun sebelumnya.
21hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Sunway Construction Group Bhd (SunCon) menerusi anak syarikat milik penuhnya, Sunway Construction Sdn Bhd (SCSB), menerima kontrak kerja bernilai RM1.15 bilion untuk dua projek daripada sebuah syarikat teknologi yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS).
21hari ago
KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) mengenakan penalti monetari pentadbiran (AMP) antara RM1,500 hingga RM2,000 terhadap 13 pemegang lesen perniagaan perkhidmatan wang (MSB) berikutan kegagalan untuk memenuhi keperluan dana modal minimum antara Julai 2025 hingga Disember 2025.