1bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Keyfield International Bhd mencatatkan untung bersih yang lebih rendah sebanyak RM20.68 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2025 berbanding RM30.30 juta bagi tempoh yang sama tahun lepas.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- UBS Investment Bank mengekalkan unjuran memberangsangkan terhadap prospek emas dan menjangkakan logam berharga itu akan meneruskan momentum kenaikannya, berkemungkinan besar sehingga suku kedua dan ketiga 2026 susulan ketidakpastian global.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Sunway Real Estate Investment Trust (REIT) mencatatkan keuntungan bersih lebih tinggi sebanyak RM104.32 juta pada suku pertama 2025 berakhir pada 31 Mac 2025 daripada RM86.98 juta pada suku yang sama tahun lepas.
1bulan ago
Oleh Rosemarie Khoo dan Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Angka keluaran dalam negara kasar (KDNK) bagi suku pertama Malaysia 2025 berkemungkinan mencabar dari segi menepati jangkaan pasaran ketika pelabur terus berusaha menangani impak gabungan kesan ketidaktentuan perdagangan sebelum ini serta dedahan China ke atas ekonomi negara.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Stok simpanan minyak sawit Malaysia dijangka meningkat sebanyak 15 peratus bulan ke bulan pada Mei 2025 kepada 2.15 juta tan, dipacu oleh pengeluaran yang lebih tinggi, menurut CIMB Securities Sdn Bhd.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Kalangan firma penyelidikan menaikkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) antara 4.5 dan 4.6 peratus daripada 4.4 peratus sebelum ini bagi suku pertama 2025, menjelang pengumuman rasmi Jumaat ini.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Sektor perkhidmatan Malaysia meningkat sebanyak 6.0 peratus dari tahun ke tahun pada suku pertama 2025 sehingga mencapai pendapatan RM630 bilion, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
1bulan ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Persetujuan Amerika Syarikat (AS)-China untuk mengurangkan sementara tarif memberi kesan positif kepada pasaran ekuiti tempatan berikutan langkah ini mengurangkan risiko kemelesetan di Amerika Syarikat (AS) dan global serta mendorong aliran masuk dana asing bersih yang lebih tinggi, menurut CIMB Securities Sdn Bhd.
1bulan ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Sektor maritim Malaysia termasuk pelabuhan, tidak kalis terhadap impak dari perang tarif, yang berpotensi menjejaskan banyak syarikat kecil jika kos kargo perkapalan melonjak.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Mei (Bernama) -- Ringgit dijangka terus lemah dalam tempoh terdekat, didorong oleh sentimen pasaran yang optimis terhadap kemungkinan tercapainya rundingan dagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China, dan mungkin dengan negara-negara lain dalam tempoh penangguhan 90 hari ini.
1bulan ago
GEORGE TOWN, 9 Mei (Bernama) -- Pulau Pinang terus berfungsi sebagai nadi sektor pembuatan emas Malaysia, menyumbang kira-kira 80 peratus daripada jumlah output pengeluaran negara.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Sektor pembinaan Malaysia pada suku pertama 2025 mencatatkan pertumbuhan nilai kerja pembinaan sebanyak 16.6 peratus tahun ke tahun dengan nilai berjumlah RM42.9 bilion, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).