6hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Jun(Bernama) -- Malaysia meraih pelaburan diluluskan berjumlah RM92.8 bilion bagi suku pertama 2026, dengan Jepun menjadi pelabur asing terbesar manakala pelaburan domestik mencatatkan pertumbuhan tahun ke tahun paling kukuh dalam suku yang sama.
6hari ago
PUTRAJAYA, 8 Jun (Bernama) -- Malaysia Petroleum Resources Corporation (MPRC) perlu melaksanakan peranan kepimpinan yang lebih kukuh untuk membantu syarikat perkhidmatan dan peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia berkembang melangkaui pasaran domestik dan membina daya tahan industri untuk jangka panjang, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Muhibbah Engineering (M) Bhd (Muhibbah) memperoleh kontrak kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) bernilai RM300 juta daripada Lumut Maritime Terminal Sdn Bhd (LMTSB).
6hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Lebih 8,500 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam sektor penjagaan kesihatan di seluruh rangkaian Pharmaniaga Bhd dijangka mendapat manfaat daripada kerjasama strategiknya bersama CrediBill Sdn Bhd yang menawarkan fleksibiliti pembayaran bagi pembelian produk farmaseutikal dan penjagaan kesihatan.
6hari ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia mencatatkan penurunan 0.82 peratus semasa ditutup hari ini, dengan kepelbagaian komposisi FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) membantu mengurangkan impak kelemahan pasaran global.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- BIMB Investment Management Bhd (BIMB Investment), anak syarikat Bank Islam Malaysia Bhd (Bank Islam), memperkenalkan BIMB Opportunities Fund (BOF), iaitu dana patuh syariah yang menyasarkan potensi pertumbuhan saham bermodal kecil, dengan sasaran saiz dana sebanyak RM50 juta pada tahun ini.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Permintaan arang batu terma Asia Pasifik (APAC) mencapai lonjakan jangka pendek yang ketara, dengan tambahan 150 juta tan (Mt) penggunaan kumulatif diunjurkan sehingga 2030, dengan kira-kira separuh dijangka tiba pada 2026 di tengah-tengah konflik Asia Barat yang berterusan, menurut Rystad Energy.
6hari ago
KUALA TERENGGANU, 8 Jun (Bernama) -- Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) hari ini memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu bagi memperkasakan pendaftaran perniagaan dan pembangunan keusahawanan di negeri ini.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Kekuatan kredit di seluruh Asia Selatan dan Asia Tenggara akan kekal stabil bagi tempoh 12 hingga 18 bulan akan datang walaupun pengukuhan dolar Amerika Syarikat (AS) akan menjejaskan kualiti kredit bagi sebahagian syarikat yang dinilai selain berdepan ketidakpadanan struktur mata wang.
6hari ago
TOKYO, 8 Jun (Bernama) -- Lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Jepun akan menyediakan peluang strategik kepada Malaysia untuk meneroka kerjasama dalam bidang ekonomi, sains dan teknologi serta bina upaya yang terus menjadi agenda penting bagi memastikan Malaysia kekal kompetitif di peringkat antarabangsa.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi dalam wilayah negatif, seiring dengan penurunan pasaran serantau susulan serangan baharu di Asia Barat serta kebimbangan terhadap saham teknologi.
6hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Jun (Bernama) -- Pejabat AI Kebangsaan (NAIO) akan diinstitusikan secara rasmi pada 28 Julai, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.