Terdapat 54 berita berdasarkan kata kunci carian " projek pembangunan"

ECERDC Wujud Pangkalan Data Ukur Pencapaian Sosioekonomi Kumpulan Sasar - Kementerian Ekonomi

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) akan melaksanakan semua teguran dan syor Laporan Ketua Audit Negara 2/2024 antaranya mewujudkan pangkalan data bagi mengukur pencapaian sosioekonomi kumpulan sasar,  kata Kementerian Ekonomi.

Kelulusan Pembangunan Taman Industri KIGIP Antara Terpantas Dalam Sejarah - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Pelaksanaan projek Pembangunan Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian (KIGIP) merupakan antara yang terpantas dalam sejarah dengan kelulusan kebenaran merancang diperoleh dalam masa kurang tiga bulan daripada tarikh pelancaran.

PKNS Sasar Majukan Lebih 6,600 Ekar Tanah Industri Menjelang 2030

SHAH ALAM, 19 Okt (Bernama) -- Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menyasarkan untuk membangunkan lebih 6,600 ekar tanah perindustrian menjelang 2030, sekali gus mewujudkan Koridor Pertumbuhan Baharu Selangor. 

Pelaburan Hartanah, IJN Meterai MoU Teroka Pengembangan Kemudahan Kesihatan

KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Pelaburan Hartanah Bhd (PHB) bekerjasama dengan IJN Holdings Sdn Bhd (IJN) untuk pengembangan masa depan kemudahan kesihatan Institut Jantung Negara (IJN).

3,942 Projek Pembangunan Di Bawah RMK-12 Sedang Dalam Pelaksanaan Setakat 26 Ogos

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Sebanyak 3,942 projek atau 45.9 peratus daripada 8,593 projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) sedang dalam pelaksanaan sesetakat 26 Ogos tahun ini, kata Ketua Audit Negara hari ini.

Projek Bakul Makanan Di Betong Dijangka Selesai Awal Tahun Depan - RECODA

KUCHING, 16 Sept (Bernama) -- Projek Pembangunan Bakul Makanan di Spaoh, Betong, yang merupakan sebahagian daripada inisiatif Bakul Makanan Kerajaan Persekutuan dijangka selesai awal tahun depan.