6bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Public Bank Bhd, Public Mutual mengumumkan pengagihan berjumlah lebih RM20 juta merangkumi tiga dana bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Mei 2025.
6bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) -- Allianz Life Insurance Malaysia Bhd dan HSBC Bank Malaysia Bhd mengukuhkan perkongsian melalui pelancaran EliteDiamond HSBC, pelan berkaitan pelaburan untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat bagi perancangan warisan dalam kalangan individu berpendapatan tinggi.
6bulan ago
Oleh Mohd Khairi Idham Amran
JOHOR BAHRU, 1 Jun (Bernama) -- Johor Corporation (JCorp) melihat kekuatan sektor penjagaan kesihatan Johor sebagai teras kepada pembangunan hab inovasi serantau pada masa hadapan bagi memenuhi peningkatan permintaan di ASEAN terhadap kecemerlangan klinikal dan bakat perubatan mahir.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Panel pengurus dana luar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan sumbangan tertinggi sebanyak 24 peratus kepada jumlah pendapatan dana persaraan itu pada 2024.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- GXBank, bank digital anak syarikat milik GXS Bank di Malaysia, mengumumkan pelantikan Pei-Si Lai sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan GXS Bank berkuatkuasa 1 Jun, 2025.
7bulan ago
SHAH ALAM, 8 Mei (Bernama) -- Marubeni Corporation (Marubeni) dari Jepun melihat kedudukan Malaysia di tengah-tengah Asia Tenggara sebagai sangat sesuai bagi pembangunan industri penerbangan serantau.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Mei (Bernama) -- Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) secara kolektif melaksanakan dasar gaji kehidupan, memastikan semua pekerja tetap warganegara Malaysia kini memperoleh pendapatan melebihi ambang gaji bulanan.
8bulan ago
Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz
SINGAPURA, 23 April (Bernama) -- Singapura akan mengadakan Pilihan Raya Umum pada 3 Mei ini dengan 92 daripada 97 kerusi Parlimen akan dipertandingkan, susulan kemenangan tanpa bertanding di Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC) baharu Marine Parade–Braddell Heights oleh Parti Tindakan Rakyat (PAP).
8bulan ago
ALOR SETAR, 17 April (Bernama) -- Aman Seterra Sanctuary yang bakal dibina di Kuala Temoyong, Langkawi tahun depan bakal menjadi Perkampungan Persaraan Antarabangsa berkonsepkan Islam yang pertama di dunia.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Bina Puri Holdings Bhd telah melantik Marcus Goh Kee Lun sebagai pengarah eksekutif merangkap ketua pegawai eksekutif kumpulan (GCEO) manakala Datuk Seri Mohd Kamarudin Md Din sebagai pengarah bukan eksekutif bebas.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- MIDF Amanah Investment Bank Bhd mengekalkan unjuran pertumbuhan jualan runcit kepada 4.6 peratus pada 2025, menyusut daripada 5.5 peratus yang dicatatkan pada 2024.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Permodalan Nasional Bhd (PNB) sedang mempertimbangkan untuk melepaskan pegangannya dalam pelaburan legasi, membolehkannya mengukuhkan kelas aset lain termasuk pendapatan tetap, kata Timbalan Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulannya, Datuk Rick Ramli.