BERITA TERKINI   MCMC akan laksana segera saranan Perdana Menteri untuk perkukuh keselamatan data negara melalui Sovereign AI Cloud - Fahmi | KPM sedia sokongan emosi kepada remaja perempuan disyaki mangsa salah laku seksual - Fadhlina | Media diingatkan lapor kes salah laku seksual pelajar di Melaka secara beretika tanpa dedah identiti mangsa - MCMC | 

Pei-Si Lai Dilantik Sebagai CEO Kumpulan GXS Bank

KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- GXBank, bank digital anak syarikat milik GXS Bank di Malaysia, mengumumkan pelantikan Pei-Si Lai sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan GXS Bank berkuatkuasa 1 Jun, 2025.

Dalam satu kenyataan, bank itu berkata penstrukturan semula dalam pengurusan kanan adalah berikutan persaraan CEO Kumpulan Muthukrishnan Ramaswami.

“Timbalan CEO dan Ketua Pegawai Komersial (Runcit), Kaushik Chowdhury akan mengambil alih peranan sebagai CEO GXS Bank.

“Beliau akan disokong oleh Hildah Hamzah yang akan mengambil alih jawatan sebagai Timbalan CEO dan Ketua Pegawai Operasi, bersama pasukan pengurusan sedia ada,” katanya.

Sementara itu, Lai menerajui pelancaran GXBank pada November 2023 hingga berjaya memperoleh lebih satu juta pelanggan dalam tempoh setahun.

-- BERNAMA