Terdapat 168 berita berdasarkan kata kunci carian " penghantaran"

Visi APG Perlu US$764 Bilion Untuk Infrastruktur Penjanaan Dan Penghantaran Tenaga

KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Visi Grid Tenaga ASEAN (APG) memerlukan pelaburan dianggarkan sebanyak US$764 bilion (US$1 = RM4.49) untuk infrastruktur penjanaan dan penghantaran tenaga, kata Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn.

Panasonic Anggar Kerugian Tiga Peratus Berikutan Kebakaran Di Putra Heights

KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Gangguan bekalan gas akibat kebakaran di Putra Heights dijangka memberi kesan kepada pengeluaran produk-produk kipas dan seterika elektrik Panasonic Manufacturing Malaysia Bhd (PMMA) dengan anggaran kehilangan pendapatan kira-kira tiga peratus.

ECRL Selesai Pengorekan 38 Terowong Lebih Awal Dari Jadual

KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) telah menyelesaikan kerja-kerja pengorekan 38 terowong di sepanjang jajaran rel setakat ini, berikutan dua kejayaan di Selangor awal minggu ini.

Proton e.MAS 7 Kekal Model EV Paling Laris Di Malaysia

KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Kenderaan elektrik (EV) pertama Malaysia, Proton e.MAS 7 mengekalkan kedudukan teratas dalam segmen itu selama tiga bulan berturut-turut sejak Januari 2025, sekali gus menjadikannya model EV terlaris di negara ini.

Tarif AS Bukan Cabaran Pertama, ASEAN Berdaya Tahan Dan Pragmatik Untuk Tanganinya - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Kekuatan ASEAN bukan terletak pada situasi yang menarik perhatian ramai tetapi pada daya tahannya yang telah terbukti dalam mendepani peperangan, krisis dan rampasan kuasa selama hampir enam dekad sejak penubuhannya pada 1967.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Tinggi, Jejaki Prestasi Kukuh COMEX

KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives (BMD) ditutup lebih tinggi pada Selasa menjejaki prestasi kukuh niaga hadapan emas di Bursa Komoditi New York (COMEX).

MAHB Sedang Muktamadkan Syarikat Ambil Alih Slot Penerbangan Di Subang

Daripada Karina Imran

PERTH, 26 Mac (Bernama) -- Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) kini dalam proses memuktamadkan pemilihan syarikat penerbangan tempatan atau antarabangsa untuk mengambil alih slot sedia ada di Lapangan Terbang Subang (SZB) tidak lama lagi.

MAHB Bincang Dengan Syarikat Penerbangan Australia Sedia Penerbangan Terus Ke Malaysia

PERTH, 26 Mac (Bernama) -- Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) sedang giat mengadakan libat urus dengan tiga syarikat penerbangan Australia iaitu Qantas, Jetstar dan Virgin Australia untuk menyediakan penerbangan terus ke Malaysia.

Perjalanan Udara Asia Pasifik Meningkat Semula Lepasi Paras Prapandemik - Aapa

PERTH, 25 Mac (Bernama) -- Perjalanan udara Asia Pasifik meningkat semula melepasi paras prapandemik, dipacu oleh permintaan kukuh, pertumbuhan ekonomi global dan peningkatan jumlah penumpang, kata Persatuan Syarikat Penerbangan Asia Pasifik (AAPA).

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia tinggi semasa mengakhiri sesi dagangan pagi ini, disokong oleh pembelian dalam saham perbankan wajaran tinggi dan telekomunikasi dalam persekitaran sentimen pasaran yang bertambah baik.

Pasaran Domestik Teratur Sediakan Penampan Mencukupi Hadapi Ketidaktentuan Global

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Keadaan pasaran domestik yang teratur akan terus mampan berikutan pasaran kewangan Malaysia yang kukuh, selain mudah tunai dan sistem perbankan yang teguh, sekali gus menyediakan penampan yang mencukupi untuk menghadapi ketidaktentuan global.

Petronas Gas Sasar Pertumbuhan Mampan Dalam Persekitaran Peralihan Tenaga

KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) -- Petronas Gas Bhd (PGB) kekal komited untuk mencapai pertumbuhan mampan dan mengemudi landskap tenaga yang berkembang pada masa depan, kata Pengerusinya Datuk Adif Zulkifli.