BERITA TERKINI   Dana 1MDB: Najib didapati bersalah atas tuduhan keempat guna kedudukan peroleh suapan - Mahkamah Tinggi | Dana 1MDB: Najib didapati bersalah atas tuduhan ketiga guna kedudukan peroleh suapan - Mahkamah Tinggi | Dana 1MDB: Najib didapati bersalah atas tuduhan kedua guna kedudukan peroleh suapan - Mahkamah Tinggi | Dana 1MDB: Najib didapati bersalah atas pertuduhan pertama menggunakan kedudukan untuk memperoleh suapan - Mahkamah Tinggi | 10 jajahan di Kelantan berisiko banjir bermula hari ini hingga Selasa berikutan amaran hujan berterusan tahap bahaya - JPS | 

Terdapat 682 berita berdasarkan kata kunci carian " penganalisis"

Bursa Malaysia Diniagakan Berhati-hati Minggu Depan Menjelang Data IHP China, KDNK Suku Ketiga Malaysia Diumumkan

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka diniagakan berhati-hati minggu depan berikutan pelabur mengambil pendekatan berwaspada tetapi membina dalam menghadapi perkembangan peringkat domestik dan luaran.

Niaga Hadapan KLCI Diniagakan Dalam Jajaran Kecil Minggu Depan

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam jajaran kecil minggu depan, disokong oleh asas ekonomi domestik yang berdaya tahan dan jangkaan Bank Negara Malaysia akan mengekalkan pendirian dasar monetarinya yang stabil.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Pengukuhan Ringgit

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini susulan pengukuhan ringgit, menurut peniaga minyak sawit David Ng.

Ringgit Ditutup Pada 4.17 Berbanding Dolar AS -- Paras Tertingginya Dalam Tempoh 13 Bulan

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Ringgit terus ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Jumaat mencecah 4.17 - paras tertingginya setakat tahun ini - disokong oleh data positif ekonomi Malaysia, Kadar Dasar Semalam (OPR) stabil dan data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang lebih lemah.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada sesi awal dagangan Jumaat selepas Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 2.75 peratus, mencecah paras 4.17.

Ringgit Kukuh, Ditutup Tinggi Selepas MPC BNM Kekalkan OPR Pada 2.75 Peratus

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi dan kekal stabil pada paras 4.18 hari ini apabila mesyuarat terakhir Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) bagi tahun ini mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus.

Tiada Keperluan Mendesak Untuk Turunkan OPR, Prospek Ekonomi Malaysia Kekal Berdaya Tahan - Penganalisis

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) mempunyai ruang untuk menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) tetapi tiada keperluan mendesak untuk berbuat demikian berdasarkan prospek ekonomi negara yang berdaya tahan, kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid. 

Bursa Malaysia Ditutup Paras Terendah Intra Hari Susulan Jualan Saat Akhir

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup pada paras terendah intra hari sebelum mencatatkan kenaikan pada awal dagangan Khamis, terkesan oleh jualan saat akhir dan aktiviti pengambilan untung walaupun prestasi memberangsangkan di pasaran serantau.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah, Jejaki Pasaran Serantau

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Rabu, mencerminkan kebanyakan pasaran serantau susulan jualan berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih terus melemahkan sentimen pasaran.

Niaga Hadapan MSM Pulih Susulan Minat Belian Baharu

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini sekali gus memecahkan aliran menurun berbilang hari.

Bursa Malaysia Menongkah Aliran Serantau Untuk Ditutup Sedikit Lebih Tinggi

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia menongkah aliran rendah serantau untuk ditutup sedikit lebih tinggi pada Selasa di tengah-tengah minat belian berterusan terhadap beberapa saham wajaran tinggi terplilih yang diterajui kaunter perkhidmatan kewangan.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Disokong Aktiviti Membeli Saham Berharga Rendah

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi intra harinya hari ini susulan aktiviti membeli saham murah yang muncul semula selepas dagangan hambar minggu lepas, sejajar dengan prestasi kukuh di pasaran serantau.