2bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Agensi pelaburan utama untuk Greater Kuala Lumpur (KL), InvestKL meraih pelaburan komited bernilai RM2.8 bilion pada separuh pertama 2025, menubuhkan lima hab serantau baharu di kawasan tersebut dan mewujudkan 1,197 peluang pekerjaan berkemahiran tinggi.
2bulan ago
LABUAN, 5 Ogos (Bernama) -- Strategi ekonomi berteraskan Sabah yang baharu membuka laluan kepada usaha pembangunan jangka panjang yang lebih bersasar, sekali gus menawarkan harapan terhadap pemulihan ekonomi negeri dan penciptaan pekerjaan, kata seorang pakar.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) sedang mempertingkat usaha bagi memastikan penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam mentransformasikan dan membentuk semula ekonomi dan masyarakat di rantau Asia Pasifik adalah selamat, inklusif dan mampan.
2bulan ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Kejayaan Malaysia dalam rundingan untuk mengurangkan tarif balas yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS) ke atas eksportnya kepada 19 peratus daripada 25 peratus disifatkan sebagai langkah strategik ke hadapan.
2bulan ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 2 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah dijangka didagangkan dalam jajaran kecil tetapi dengan kecenderungan menurun pada minggu hadapan, kata pakar industri Denis Low.
2bulan ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Keputusan Amerika Syarikat (AS) untuk menurunkan tarif ke atas eksport Malaysia kepada 19 peratus daripada 25 peratus menunjukkan kesediaan AS untuk berunding tetapi tarif disemak semula itu dijangka tetap mempunyai kesan ekonomi ketara kepada Malaysia dalam jangka pendek dan panjang, kata seorang pakar ekonomi.
2bulan ago
IPOH, 31 Julai (Bernama) -- Malaysia menjadi tuan rumah bagi Bengkel Antarabangsa Advance Statistical Data and Metadata Exchange (SDMX) yang berlangsung selama empat hari di Institut Latihan Statistik Malaysia, Sungkai.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) sedang memuktamadkan Strategi Keselamatan Siber Malaysia (Malaysia Cyber Security Strategy, MCSS) 2025–2030 sebagai kesinambungan kepada MCSS 2020–2024, kata Kementerian Digital.
2bulan ago
Oleh Anas Abu Hassan & Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Penubuhan sebuah kementerian atau agensi pusat untuk memantau pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) mampu menjadi pemangkin kepada pembaharuan menyeluruh kerajaan, kata seorang ahli akademik..
2bulan ago
KOTA KINABALU, 29 Julai (Bernama) -- Kelulusan Enakmen Perubahan Iklim dan Tadbir Urus Karbon 2025 pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah pada 8 Julai lepas membuka peluang besar kepada Sabah untuk menarik pelaburan dalam pasaran karbon, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
2bulan ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Loji jana kuasa turbin gas kitaran gabungan (CCGT) dijangka berperanan penting dalam menangani isu jurang grid kuasa dan ketidaktentuan tenaga solar, ketika Malaysia berusaha mencapai matlamat sifar bersih menjelang 2050, kata seorang pakar.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) -- Xiaomi secara rasmi telah membuka cawangan terbesarnya di Asia Tenggara di The Exchange TRX di sini, mengukuhkan kehadiran model perniagaan runcit baharunya di Malaysia.