1bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Pertumbuhan ekonomi Malaysia pada 2026 akan dipacu oleh permintaan domestik yang berdaya tahan meskipun persekitaran permintaan bersih luar yang berubah-ubah, dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) benar dijangka berkembang pada 4.5 peratus.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan lebih rendah hari ini, seiring sentimen serantau yang suram selain kelemahan Wall Street.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia menyusut semasa mengakhiri sesi dagangan pagi ini berikutan aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi terpilih, diterajui oleh perkhidmatan kewangan, produk dan perkhidmatan perindustrian, serta sektor telekomunikasi dan media.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Indeks Pengurus Pembelian (PMI) sektor pembuatan Malaysia meningkat kepada 50.1 pada November berbanding 49.5 pada Oktober disokong oleh lonjakan dalam tempahan baharu yang mencecah paras tertinggi dalam tempoh lebih tiga tahun, kata MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB) menjangkakan keluaran dalam negara kasar Malaysia (KDNK) akan berkembang sebanyak 4.6 peratus tahun ini.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi ini lebih tinggi dengan indeks utama itu meningkat 1.09 peratus, seiring prestasi kebanyakan pasaran serantau yang turut mencatat kenaikan menjelang pengumuman beberapa data penting.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Keputusan kewangan suku ketiga 2025 mencatatkan prestasi lebih baik berbanding suku kedua, menyokong sentimen pasaran berikutan pendapatan meningkat dalam sektor teknologi dan sarung tangan getah - kedua-duanya mencatatkan prestasi lemah pada separuh pertama 2025.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Pembiayaan bersindiket RM4.3 bilion yang baru diperoleh U Mobile Sdn Bhd akan membantu pengendali rangkaian telekomunikasi ini mempercepatkan pelaksanaan 5G selain memperkukuh kedudukannya dalam pasaran yang kompetitif di Malaysia.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia Securities Bhd menggantung jualan singkat harian (IDSS) D&O Green Technologies Bhd untuk sepanjang hari ini.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Maybank Investment Bank Bhd percaya FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) masih boleh mencapai paras 1,700 pada akhir tahun ini, jika terdapat pergerakan harga yang positif dalam sektor perbankan dan kaunter tertentu.
1bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan dalam julat 4.13-4.16 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan cenderung meningkat pada minggu depan selepas mengalami turun naik minggu ini ketika pasaran menurunkan sentimen kemungkinan negara maju itu mengurangkan kadar faedahnya dalam mesyuarat Disember ini.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd menurunkan unjuran inflasi 2025 kepada 1.4 peratus daripada 1.5 peratus (2024: 1.8 peratus), dipacu oleh kesan deflasi susulan pelaksanaan program subsidi bersasar petrol RON95, BUDI MADANI RON95 (BUDI95).