1bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Rabu menjejaki kenaikan niaga hadapan emas di Bursa Komoditi New York (Comex), didorong pembelian semasa harga rendah selepas jualan ketara minggu lepas.
1bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), mata wang utama lain serta unit serantau ASEAN pada Selasa, terus dipacu oleh keyakinan terhadap prospek pertumbuhan ekonomi Malaysia.
1bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) --Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini dipacu oleh belian saham murah, meneruskan pemulihannya daripada kemerosotan dicatatkan minggu lepas walaupun kehilangan momentum peningkatan selepas mencapai paras tertinggi pada sesi awal, kata seorang ahli ekonomi.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Kalangan syarikat perlu mengurus risiko mata wang secara aktif melalui langkah lindung nilai dan strategi perniagaan yang sesuai, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Pelabur asing kekal sebagai pembeli bersih untuk minggu keempat berturut-turut walaupun aliran masuk asing bersih merosot kepada RM12.8 juta minggu lepas, menurun daripada RM510.9 juta pada minggu sebelumnya.
1bulan ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam kecenderungan meningkat yang positif pada julat 1,730 hingga 1,760 minggu hadapan, dengan paras sokongan segera pada 1,700.
1bulan ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka didagangkan pada kecenderungan meningkat minggu hadapan susulan tanda-tanda pengeluaran yang lebih rendah, kata peniaga.
1bulan ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dalam julat kecil minggu hadapan.
1bulan ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini selepas ia menjejaki keuntungan dalam minyak kacang soya.
1bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid dan Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Pasaran ekuiti Malaysia melonjak kepada paras paling kukuh dalam tempoh tujuh tahun pada Selasa, dipacu keyakinan baharu pelabur, disokong pengukuhan ringgit dan perubahan dinamik modal global, sekali gus mendorong penilaian semula terhadap profil risiko negara, menurut ahli ekonomi.
1bulan ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) – Bank Negara Malaysia (BNM) melihat prospek pertumbuhan ekonomi negara yang berdaya tahan pada 2026 dan menjangkakan inflasi terus kekal sederhana.
2bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama) -- Ringgit melonjak melepasi paras psikologi 4.00 berbanding dolar AS semasa ditutup hari ini berikutan mata wang itu meneruskan aliran meningkat bermula minggu lepas, mencerminkan sentimen yang semakin baik terhadap asas ekonomi dan kestabilan dasar negara.