Terdapat 116 berita berdasarkan kata kunci carian " malacca securities"

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Sejajar Dengan Kebanyakan Pasaran Serantau

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah tengah hari ini seiring dengan kebanyakan pasaran serantau berikutan peniaga mengambil pendekatan tunggu dan lihat dalam konflik Israel-Iran yang meningkat, kata penganalisis.

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari Meskipun Sentimen Pasaran Lemah

KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan prestasi positif, walaupun sentimen kekal lemah berikutan prestasi serantau yang tidak menentu, dengan minat belian dijangka beralih kepada syarikat yang kukuh dari segi asasnya.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini disebabkan oleh akitiviti pengambilan dalam saham wajaran tinggi terpilih selepas penurunan Wall Street susulan ancaman tarif Amerika Syarikat (AS) terhadap Kesatuan Eropah (EU), kata penganalisis.

Bursa Malaysia Meningkat Semula Untuk Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat semula daripada penurunan semalam untuk dibuka tinggi, didorong oleh minat belian baharu dalam saham wajaran tinggi terpilih yang sejajar dengan momentum positif di pasaran serantau, kata penganalisis.

Bursa Malaysia Alami Penurunan Selepas Dibuka Tinggi Ekoran Pengambilan Untung Sederhana

KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis namun mengalami penurunan selepas itu ekoran pengambilan untung sederhana berikutan kebimbangan baharu terhadap prospek ekonomi global, kata penganalisis.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Namun Melantun Semula Dipacu Minat Belian

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan urus niaga hari ini dengan susut sedikit tetapi melantun kemudiannya, didorong oleh minat belian baharu bagi saham-saham wajaran tinggi terpilih.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Susulan Aktiviti Pengambilan Untung

KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah pada tengah hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung dalam kalangan kaunter berkaitan indeks, menjejaki prestasi kurang memberangsangkan niaga hadapan pasaran saham Amerika Syarikat (AS).

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Dipacu Prestasi Wall Street

KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini berikutan kenaikan Wall Street dipacu oleh kemerosotan hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) dan penurunan tarif oleh Rumah Putih termasuk penarikan semula tarif berkaitan kereta sebanyak 25 peratus.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Ekoran Pengambilan Untung

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka sedikit rendah pada Selasa berikutan pengambilan untung selepas kenaikan yang dialami bursa tempatan baru-baru ini.

Pengambilan Untung Asak Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 16 April -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi lebih rendah, dipengaruhi oleh aktiviti pengambilan untung ke atas beberapa saham berwajaran tinggi, terutamanya dalam sektor produk perindustrian, perbankan dan utiliti.

Aktiviti Belian Pacu Bursa Malaysia Naik 20.68 Mata Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi Isnin dengan lebih mengukuh, didorong oleh minat belian baharu yang ketara dan merentasi papan indeks dengan kenaikan diterajui oleh saham-saham wajaran tinggi produk industri, kewangan dan telekomunikasi.

Bursa Malaysia Rendah Seiring Wall Street, Pasaran Serantau Diasak Pelan Tarif AS

KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan Jumaat dengan susut sedikit, menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang lemah dan diasak aktiviti jualan ketara serta pasaran serantau yang turut lesu susulan pengumuman rancangan tarif timbal balik Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump.