Terdapat 883 berita berdasarkan kata kunci carian " keuntungan"

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka rendah pada Isnin berikutan pelabur mengambil keuntungan dalam saham wajaran tinggi berikutan prestasi indeks itu yang kukuh baru-baru ini walaupun Wall Street ditutup positif.

Ringgit Mengukuh Berbanding Dolar AS, Mata Wang Utama Didorong Perkembangan Positif Fiskal

KUALA LUMPUR, 22 Dis (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dan mata wang utama lain pada Isnin berikutan perkembangan positif dalam kedudukan fiskal kerajaan Malaysia yang telah menyumbang dengan ketara kepada pengukuhan mata wang tempatan.

Niaga Hadapan MSM Dijangka Cenderung Menurun Minggu Depan Dalam Persekitaran Peningkatan Paras Stok

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 20 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan dengan kecenderungan menurun minggu depan susulan peningkatan paras stok.

Untung Bersih Suku Kedua United Malacca Melonjak Kepada RM55.37 Juta Susulan Harga MSM, Output FFB Tinggi

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- United Malacca Bhd (UMCCA) mencatat keuntungan bersih sebanyak RM55.37 juta pada suku kedua berakhir 31 Okt 2025 daripada RM30.92 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Keyakinan Rakyat Malaysia Terhadap Hala Tuju Negara Semakin Baik Pada 2025 - IPSOS

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Keyakinan rakyat Malaysia bahawa negara menuju ke arah yang betul telah meningkat pada 2025, menurut Pemantau Keyakinan Pengguna dan Kos Sara Hidup terbaharu Ipsos Sdn Bhd (Ipsos).

Untung Bersih Suku Ketiga AEON Credit Naik Kepada RM91.8 Juta

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Keuntungan bersih AEON Credit Service (M) Bhd bagi suku ketiga berakhir 30 Nov, 2025 melonjak kepada RM91.80 juta daripada RM62.07 juta sebelum itu.

Dewan Negara Lulus RUU Langkah Pemungutan Cukai 2025

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Langkah-Langkah bagi Pemungutan, Pentadbiran dan Penguatkuasaan Cukai 2025 untuk memperkukuh sistem percukaian negara. 

Dividen FELCRA 2025 Ditetapkan 15 Peratus, Dibayar Awal Tahun Depan - Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Dividen berasaskan operasi Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) bagi tahun kewangan 2025 ditetapkan pada kadar 15 peratus dan dijangka dibayar pada awal tahun depan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ringgit Ditutup Rendah Sedikit Berbanding Dolar Akhiri Kenaikan Empat Hari Berturut-turut

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS pada Rabu mengakhiri peningkatan empat hari berturut-turutnya apabila sesetengah peniaga mengambil keuntungan.

Top Glove Unjur Jumlah Jualan Meningkat Ke Eropah, Penuhi Tempahan Tinggi

KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Top Glove Corporation Bhd mengunjurkan jumlah jualannya ke Eropah akan meningkat dengan ketara pada suku kedua bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Ogos, 2026, disokong oleh tempahan yang tinggi baru-baru ini.

Untung Bersih Scientex Suku Pertama Naik 11.1 Peratus Kepada RM142.91 Juta

KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Keuntungan bersih Scientex Bhd meningkat sebanyak 11.1 peratus kepada RM142.91 juta bagi suku pertama yang berakhir 31 Okt, 2025 daripada RM128.61 juta pada tempoh yang sama tahun lepas.

Untung Bersih Suku Pertama Top Glove Melonjak Kepada RM38.58 Juta Berikutan Jualan Kukuh

KUALA LUMPUR, 17 Dis (Bernama) -- Keuntungan bersih Top Glove Corporation Bhd melonjak kepada RM38.58 juta pada suku pertama berakhir 30 Nov 2025 berbanding RM5.47 juta pada suku yang sama tahun sebelumnya.