2bulan ago
PUTRAJAYA, 7 Ogos (Bernama) -- Belanjawan 2026 adalah belanjawan sulung yang mendukung matlamat Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) dan akan menumpukan kepada tiga teras utama iaitu menaikkan siling, menaikkan lantai serta memperkukuh tatakelola baik dalam pentadbiran negara.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) — Malaysia mencatatkan peningkatan eksport sel fotovoltaik (PV) ke India sebanyak 88 peratus atau RM4.65 bilion pada 2024 berbanding RM2.47 bilion pada 2023, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Kerajaan akan mengkaji kemungkinan memperkasakan syarat-syarat lokalisasi kepada pelabur asing bagi mewujudkan ekosistem berdaya tahan di Malaysia supaya syarikat-syarikat tempatan mendapat limpahan hasil.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Lebih 90 peratus daripada polisi dilaraskan mengalami pelarasan premium yang kurang daripada 10 peratus dan lebih 200,000 polisi mendapat manfaat penangguhan pelarasan premium dan lebih 14,000 polisi telah diaktifkan semula setakat 30 April, 2025, menurut Kementerian Kewangan (MoF).
2bulan ago
Oleh M. Saraswathi & Karina Imran
KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Perjalanan perbankan digital Malaysia memaparkan kemajuan yang baik dan berpotensi besar dalam membantu segmen pasaran yang tidak mendapat perkhidmatan kewangan dan kurang mendapat perkhidmatan kewangan, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Kementerian Kewangan menasihati orang ramai supaya tidak terpedaya dengan penipuan atau scam menjemput mereka membuat pendaftaran bagi inisiatif penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang diumumkan Kerajaan MADANI, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Kerajaan memutuskan untuk tidak meneruskan pelaksanaan cukai barang bernilai tinggi (HVGT), menurut Kementerian Kewangan (MoF).
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Penurunan jumlah pendapatan pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak 13 peratus pada suku pertama tahun ini kepada RM18.31 bilion berbanding RM20.99 bilion bagi tempoh sama tahun lepas adalah berpunca daripada prestasi pasaran ekuiti yang lemah.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bersedia meneliti cadangan pemberian insentif kepada pelabur yang mengoptimumkan penggunaan pelabuhan tempatan, khususnya di Pulau Pinang dan Kuala Perlis.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Kerajaan menerusi Kementerian Kewangan (MoF) telah meluluskan geran sebanyak RM14.39 juta kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) pada 2023 bagi menampung perbelanjaan operasi dan memenuhi objektif penubuhannya.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Kerajaan perlu meneroka sumber hasil baharu dan mampan untuk mengurangkan pergantungan pada hasil tidak menentu selepas pengumuman khas mengenai langkah-langkah sokongan fiskal baharu pada 23 Julai, kata Kenanga Investment Bank Bhd.
2bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Seramai 8.5 juta penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) telah direkodkan dan sejumlah RM4 bilion disalurkan melalui bayaran STR Fasa 1 dan Fasa 2, menurut Kementerian Kewangan (MOF).