17hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- LAC Med Bhd dibuka pada paras mendatar di Pasaran Utama Bursa Malaysia hari ini menyamai harga tawaran awam permulaan (IPO) sebanyak 75 sen dengan kira-kira 5.8 juta saham diniagakan.
17hari ago
KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan tumpuan pelabur beralih kepada data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang akan datang, mengekalkan keyakinan bahawa Rizab Persekutuan (Fed) AS akan meneruskan penurunan kadar faedah sebanyak 25 mata asas selepas mesyuarat selama dua hari berakhir malam ini.
18hari ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 9 Dis (Bernama) -- Ringgit terus kekal stabil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika ditutup pada Selasa, ketika pasaran mengambil pendekatan berhati-hati apabila Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan AS (FOMC) hari ini memulakan mesyuarat selama dua harinya.
18hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan lebih rendah hari ini, seiring sentimen serantau yang suram selain kelemahan Wall Street.
18hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Dis (Bernama) -- Ringgit dibuka lebih rendah berbanding dolar AS pagi ini dan dijangka mengekalkan dagangan dalam jajaran kecil seiring dengan sentimen pasaran yang bercampur-campur berikutan Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) memulakan mesyuarat dua harinya bermula hari ini.
18hari ago
GEORGE TOWN, 8 Dis (Bernama) -- Batik Air hari ini memperluas rangkaiannya dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang menerusi pelancaran laluan baharu ke Singapura dan Kualanamu, Medan, sekali gus memperteguh peranan Pulau Pinang sebagai laluan masuk utara dan mengukuhkan kesalinghubungan serantau.
18hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) -- Industri halal menyumbang 7.94 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bersamaan RM118.2 bilion dengan bilangan pengeksport halal berdaftar sebanyak 1,525 syarikat sehingga suku ketiga 2025.
19hari ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) -- Ringgit kekal kukuh berbanding dolar AS semasa ditutup pada Isnin berikutan peniaga mengambil pendekatan tunggu dan lihat menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) selama dua hari bermula esok di Amerika Syarikat.
19hari ago
LAS VEGAS, 5 Dis (Bernama) -- Syarikat-syarikat di ASEAN, termasuk Malaysia, perlu memberi tumpuan kepada matlamat perniagaan yang jelas, peningkatan kemahiran tenaga kerja dan kepimpinan yang kukuh untuk memaksimumkan manfaat daripada teknologi kecerdasan buatan (AI) dan awan.
19hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) -- Pelabur asing mengakhiri jualan bersih selama dua minggu berturut-turut di Bursa Malaysia apabila kembali semula sebagai pembeli bersih dengan pembelian bernilai RM11.6 juta.
19hari ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS, disokong oleh momentum positif minggu lepas apabila mata wang Amerika Syarikat (AS) itu terus rendah menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) selama dua hari yang bermula esok.
20hari ago
KUALA LUMPUR, 7 Dis (Bernama) -- Pengeluar tempatan minuman “kombucha” atau soda semula jadi menerusi fermentasi teh, WonderBrew menyasar untuk menggandakan pengeluaran pada 2026 memandangkan jenama itu telah meningkatkan inovasi dan merangka strategi memperluas jejaknya di Asia Tenggara.