BERITA TERKINI   Pengurusan isu sensitif oleh pihak berkuasa mesti berhemah dan ambil kira semua aspek berkaitan, tiada ruang kesilapan - Agong | Ketika negara lain mengalami peperangan, Malaysia harus bersyukur dengan keamanan yang sedang dinikmati - Agong | Suara majoriti rakyat Malaysia yang tahu membawa diri dengan adab mesti mendiamkan suara yang tidak beradab - Agong | Rakyat Malaysia jangan lupa Rukun Negara yang juga menyatakan prinsip "Kesopanan dan Kesusilaan" - Agong | Agong bertitah bahawa sebarang anasir yang mengancam perpaduan rakyat mesti dibanteras tanpa kompromi | 

Terdapat 1658 berita berdasarkan kata kunci carian " dibuka"

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Seiring Kenaikan Di Wall Street

KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis, menjejaki prestasi Wall Street yang positif semalaman berikutan kemerosotan harga minyak dan data ekonomi yang menggalakkan meredakan kebimbangan terhadap krisis geopolitik antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran.

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Tinggi Pada Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka tinggi pada awal dagangan Khamis, menjejaki peningkatan dalam pasaran lebih meluas.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Menjelang Pengumuman Keputusan OPR

KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis disebabkan peniaga mengalihkan tumpuan kepada pengumuman kadar dasar semalaman (OPR) hari ini, walaupun terdapat konflik yang berterusan di Timur Tengah.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Seiring Pasaran Serantau Ketika Ketegangan Geopolitk Meningkat

KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia secara keseluruhannya ditutup rendah pada Rabu berikutan trend penyusutan di pasaran serantau, dengan Korea Selatan mencatat penurunan ketara berikutan pelabur memberikan reaksi terhadap kesan geopolitik yang semakin meluas.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi lebih rendah pada Rabu, menjejaki prestasi lemah Wall Street semalaman dalam persekitaran kebimbangan terhadap bekalan minyak dan gas global serta risiko inflasi susulan krisis di Timur Tengah yang berterusan.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Seiring Penurunan Wall Street Semalaman

KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah sedikit pada Rabu, menjejaki prestasi lemah Wall Street semalaman.

Ringgit Dibuka Tinggi, Sentimen Risiko Sokong Dolar AS

KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS hari ini namun dijangka kekal berdepan tekanan susulan ketegangan geopolitik yang semakin memuncak, dengan peniaga terus memilih dolar AS sebagai aset selamat.

Rystad Energy Jangka Kesan Jangka Panjang LNG Global Terhad Walau Berlaku Kejutan Bekalan

KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Rystad Energy menjangkakan kejutan bekalan semasa hanya memberi kesan jangka panjang yang terhad ke atas pasaran gas dan gas asli cecair (LNG) global, walaupun berlaku kenaikan lebih 52 peratus pada penanda aras komoditi itu di Title Transfer Facility, pada 2 Mac, 2026.

Indeks Utama Bursa Malaysia Ditutup Tinggi

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia meningkat semula daripada penurunan selama lima hari pada Selasa, memulihkan sebahagian kerugian semalam, didorong oleh kenaikan saham perbankan berwajaran tinggi, minyak dan gas serta minat belian semula saham runcit terpilih walaupun prestasi pasaran serantau merosot.

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi lebih tinggi dalam persekitaran dalam persekitaran aktiviti memburu saham murah selepas mencatatkan kemerosotan semalam. 

Aktiviti Belian Saham Pada Harga Rendah Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia kembali meningkat untuk dibuka tinggi pada Selasa didorong aktiviti belian saham pada harga rendah selepas jualan besar-besaran semalam.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Dalam Persekitaran Sentimen Berhati-hati

KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Ringgit dibuka sedikit tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa, meskipun sentimen berhati-hati yang berterusan susulan konflik ketenteraan yang berterusan di Timur Tengah.