BERITA TERKINI   Keputusan peperiksaan STAM diumum 5 Feb - KPM  | 

Terdapat 312 berita berdasarkan kata kunci carian " sc"

SCIP Dapat Penarafan Emas MARC Dengan Rangka Kerja Kewangan Mampan RM2 Bilion

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Sunway City Iskandar Puteri (SCIP) muncul sebagai perbandaran hijau pertama di Malaysia yang menerima penarafan Emas daripada Malaysian Rating Corporation Sdn Bhd (MARC), seiring dengan penubuhan Rangka Kerja Kewangan Mampan yang komprehensif bernilai RM2 bilion.

Bank Dunia Positif Terhadap Strategi Penyatuan Fiskal Malaysia

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Bank Dunia mengiktiraf usaha kerajaan untuk melindungi kemampanan fiskal jangka panjang Malaysia, bagaimanpun mengekalkan pendirian berhati-hati terhadap perbelanjaan pembangunan (DE) yang lebih rendah digariskan dalam Belanjawan 2026.

Pelan Pembangunan Semula Lapangan Terbang Subang Seiring Dengan Aspirasi Belanjawan 2026

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Pelan Pembangunan Semula Lapangan Terbang Subang (SARP) mesti dilaksanakan secara strategik, disertai infrastruktur sokongan dan ketersambungan pengangkutan awam, kata Institut Pengangkutan Malaysia (MiTRANS).

Status Entiti Perniagaan ASEAN Lonjak Daya Tarikan Malaysia Sebagai Destinasi Pilihan

KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Status Entiti Perniagaan ASEAN (ABE) akan meningkatkan daya tarikan Malaysia sebagai destinasi pilihan kalangan syarikat senaraian awam yang mempunyai jejak pasaran meluas di ASEAN serta syarikat bersaiz sederhana yang berpotensi mengembangkan operasi.

MOF Cadang Kaji Semula Galakan Cukai Modal Teroka

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Kementerian Kewangan (MOF) mencadangkan galakan cukai modal teroka dikaji semula bagi syarikat modal teroka (VCC), syarikat pengurusan modal teroka (VCMC) dan pemegang saham individu VCC untuk terus menggalakkan pelaburan oleh VCC.

Inti Pati Belanjawan 2026

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) – Berikut merupakan inti pati Belanjawan 2026 bertemakan ‘Belanjawan MADANI Keempat: Belanjawan Rakyat’ yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan di Dewan Rakyat, hari ini.

SC Sasar RM2 Bln Dalam Aum Skim SFO Menjelang 2026

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) --Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) menyasarkan RM2 bilion dalam aset di bawah pengurusan (AUM) menjelang akhir 2026 di bawah Skim Insentif Pejabat Keluarga Tunggal (SFO) selepas menerima 30 penzahiran minat sejak skim itu dilancarkan pada September 2024.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini disebabkan aktiviti pengambilan untung selepas meraih peningkatan baru-baru ini, kata seorang penganalisis.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung yang berterusan dalam saham mewah terpilih dan saham permodalan kecil, kata penganalisis.

Ringgit Dijangka Meningkat Menjelang Belanjawan 2026 Disokong Pendirian BNM, Jangkaan Fiskal

Oleh Norsyafawati Ab Wahab

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Ringgit dijangka meningkat menjelang pembentangan Belanjawan 2026 pada 10 Oktober ini, disokong oleh pendirian dasar monetari Bank Negara Malaysia (BNM) dan jangkaan konsolidasi fiskal.

Inisiatif BUDI95 Perkukuh Pengagihan Pendapatan, Kesaksamaan Perkongsian Sumber - Ahli Ekonomi

KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Inisiatif subsidi petrol BUDI95 mengukuhkan pengagihan pendapatan dan boleh meningkatkan kesaksamaan perkongsian sumber negara sebanyak lima hingga 10 peratus, sejajar dengan negara ASEAN lain, kata seorang ahli ekonomi.

Pasaran Modal Malaysia Berjumlah RM4.2 Trilion, Instrumen Islam 62 Peratus - SC

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Pasaran modal Malaysia pada masa ini berjumlah RM4.2 trilion, dengan instrumen Islam membentuk kira-kira 62 peratus, menurut Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).