1hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- MBSB Investment Bank Bhd mengunjurkan Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) Malaysia akan berkembang sederhana sekitar dua peratus tahun ini berbanding 3.7 peratus pada 2024, berikutan permintaan luar yang perlahan dan peningkatan tarif Amerika Syarikat (AS).
1hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Malaysia akan memeterai memorandum kerjasama dalam bidang semikonduktor dengan Brazil serta menjalankan rundingan dengan India bagi memperkukuh kerjasama teknologi dan industri antara kedua-dua negara, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong.
1hari ago
Daripada Niam Seet Wei
OSAKA, 13 Okt (Bernama) -- Malaysia mengakhiri penyertaan enam bulan di acara Expo 2025 Osaka dengan memberangsangkan apabila meraih potensi perdagangan dan pelaburan berjumlah RM24.45 bilion.
1hari ago
KUALA LUMPUR, Oct 13 (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air akan mempengerusikan Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN (AMEM) ke-43 dan mesyuarat-mesyuarat berkaitan pada 16 hingga 17 Okt 2025 di sini.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Kalangan pelabur asing meneruskan pembelian bersih bagi minggu kedua berturut-turut di pasaran Asia minggu lepas yang berjumlah US$904.8 juta atau 4.12 kali lebih rendah berbanding aliran masuk minggu sebelumnya sebanyak US$3.73 bilion.
1hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, seiring dengan prestasi Wall Street yang lemah pada Jumaat lepas.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) rendah dalam dagangan awal pada Isnin.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka mendatar berbanding dolar AS pada Isnin berikutan pelabur terus cenderung terhadap mata wang Amerika Syarikat (AS) itu manakala perkembangan positif dalam negara selepas pembentangan Belanjawan 2026 membantu mengimbangi tekanan tersebut.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Pasaran ekuiti Malaysia dijangka menerima kesan positif daripada Belanjawan 2026, memandangkan ketiadaan kejutan negatif atau langkah cukai baharu yang boleh meningkatkan kos perniagaan, menurut CIMB Securities Sdn Bhd.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Anjakan transformasi, didorong oleh kepimpinan yang kukuh, boleh mentakrifkan semula dan meningkatkan peranan kewangan Islam, dan membentuk sistem kewangan lebih inklusif dan mampan, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) – Usaha inovasi lanjut dalam penyelesaian teknologi dan kerjasama kukuh antara sektor awam dan swasta sememangnya diperlukan bagi mencapai matlamat ketersambungan nasional, kata EdgePoint Infrastructure yang juga penyelesaian infrastruktur telekomunikasi.
2hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Pelan Pembangunan Semula Lapangan Terbang Subang (SARP) mesti dilaksanakan secara strategik, disertai infrastruktur sokongan dan ketersambungan pengangkutan awam, kata Institut Pengangkutan Malaysia (MiTRANS).