8bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Gamuda Bhd menerusi anak syarikat tidak langsungnya, Gamuda DC Infrastructure Sdn Bhd (DCI), telah memeterai dua kontrak membabitkan penjualan tanah seluas 157.42 hektar pada harga RM455.23 juta dan melaksanakan kerja-kerja bernilai RM1.01 bilion dengan Pearl Computing Malaysia Sdn Bhd.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Mei (Bernama) -- Kosovo, negara Balkan yang dikelilingi daratan, mempelawa pelaburan dari Malaysia dalam pelbagai sektor termasuk teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), tenaga boleh baharu serta pembuatan, kata Presidennya Dr Vjosa Osmani Sadriu.
8bulan ago
PUTRAJAYA, 2 Mei (Bernama) -- Syarikat pengeksport sarung tangan getah perlu memastikan produk mereka benar-benar melalui proses pembuatan dalam negara untuk layak menerima sijil asal yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- CIMB Securities Sdn Bhd menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) akan menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas (bps) kepada 2.75 peratus pada 9 Julai 2025, sebelum mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) pada Mei.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- MIDF Amanah Investment Bank Bhd mengunjurkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia menyederhana kepada 4.0 peratus pada 2025 berbanding 5.1 peratus pada 2024.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Ekonomi Malaysia dijangka menyederhana kepada 4.4 peratus pada suku pertama 2025 (1Q2025), berbanding 5.0 peratus pada suku sebelumnya, menurut Malaysian Rating Corp Bhd (MARC).
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Pembuatan Malaysia susut kepada 48.6 pada April daripada 48.8 pada Mac, apabila pengeluar mengurangkan pembelian, stok bahan mentah dan barang siap berikutan kekurangan pesanan baharu, menurut S&P Global Market Intelligence.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- SD Guthrie Bhd buat pertama kalinya menghantar minyak sawit mampan (CSPO) yang diperakui Rundingan Meja Bulat Minyak Sawit (RSPO) bebas tarif ke United Kingdom di bawah Perjanjian Komprehensif dan Progresif untuk Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP).
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Jumaat, diniagakan dalam julat yang lebih meluas dalam ketidaktentuan berterusan berikutan tarif global dan data ekonomi yang lemah, kata ahli ekonomi.
8bulan ago
GEORGE TOWN, 1 Mei (Bernama) -- Pulau Pinang terus mengukuhkan kedudukannya sebagai hab pelaburan dan inovasi teknologi utama Malaysia dengan pelaburan pembuatan yang diluluskan bernilai RM17.3 bilion pada 2024.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 April 30 (Bernama) -- Pengeluar dan pembekal utama papan litar bercetak (PCB), Sustio Sdn Bhd, anak syarikat Simmtech Group menyiapkan pembesaran fasa 2 bernilai RM326 juta dengan pembukaan kilang operasi keduanya di Batu Kawan, Pulau Pinang.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) hari ini menggesa kerajaan untuk terus menangguhkan pelaksanaan peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) melangkaui tarikh baharu pada 1 Jun, 2025, berikutan impaknya terhadap perniagaan serta pengguna.