BERITA TERKINI   Polis belum terima laporan dakwaan Victor Chin berkaitan Ahli Parlimen minta bayaran RM10 juta bagi bantu selesai isu manipulasi korporat - Bukit Aman | Capital A lantik Effendy Shahul Hamid sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif berkuat kuasa 6 April | Capital A sedang teroka potensi dwipenyenaraian di Hong Kong pada suku ketiga 2026, dan teruskan rancangan untuk senaraikan AirAsia NEXT di Amerika Syarikat menjelang akhir tahun - Tony Fernandes | Capital A sasar keluar daripada status PN17 selepas catat untung empat suku tahunan berturut-turut - Tony Fernandes | Op Viking: Ahli perniagaan Victor Chin antara 10 individu ditahan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram - Polis | 

Pulau Pinang Catat Pelaburan Pembuatan Diluluskan Bernilai RM17.3 Bilion Pada 2024 - Ketua Menteri

GEORGE TOWN, 1 Mei (Bernama) -- Pulau Pinang terus mengukuhkan kedudukannya sebagai hab pelaburan dan inovasi teknologi utama Malaysia dengan pelaburan pembuatan yang diluluskan bernilai RM17.3 bilion pada 2024.

Dalam perutusan sempena Hari Pekerja hari ini, Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata ia melibatkan 182 projek dan mewujudkan hampir 16,254 peluang pekerjaan pada tahun lepas.

“Seiring dengan pertumbuhan ekonomi mampan serta prestasi pelaburan menggalakkan, pasaran buruh di Pulau Pinang terus mengukuh yang mana berdasarkan data terkini daripada Survei Tenaga Buruh (STB) suku keempat 2024, negeri mencatatkan kadar pengangguran sebanyak 2.2 peratus. 

“Pulau Pinang mencatatkan kadar penyertaan tenaga buruh (KPTB) 73.2 peratus, sekali gus membuktikan bahawa orang ramai semakin optimis terhadap pasaran buruh dan mendorong mereka mencari pekerjaan,” katanya.

Beliau berkata Pulau Mutiara itu juga telah mengukuhkan reputasi sebagai destinasi perdagangan antarabangsa tumpuan, terutamanya dalam sektor elektronik dan semikonduktor yang berkembang dengan sangat pesat.

Sempena Hari Pekerja, Chow berikrar kerajaan negeri akan terus komited memperjuangkan hak dan kebajikan pekerja melalui dasar-dasar yang inklusif, program latihan kemahiran dam mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan bernilai tinggi. 

Beliau menegeaskan pembangunan sektor digital, hijau dan teknologi pintar akan terus diberi keutamaan agar para pekerja kekal relevan serta berdaya saing.

 “Saya juga menyeru kepada semua majikan untuk terus mengekalkan hubungan yang harmoni dan adil bersama para pekerja kerana kejayaaan jangka panjang sesebuah organisasi bukan sahaja bergantung kepada keuntungan, tetapi juga kepada kesejahteraan serta kebahagiaan tenaga kerja,” katanya.

-- BERNAMA