1tahun ago
KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Duti antilambakan sementara di antara 2.52 peratus hingga 36.80 peratus perlu dikenakan kepada import dagangan subjek dari China, India, Jepun dan Korea Selatan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah semasa mengakhiri sesi pagi ini, didorong oleh jualan berterusan dalam saham wajaran tinggi diterajui oleh kaunter utiliti dan perkhidmatan kewangan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Sepanjang tempoh 2024, penyedia penyelesaian tenaga bersih Gentari Sdn Bhd melakarkan kemajuan penting dalam mengembangkan dan memperkukuh kedudukannya sebagai peneraju tenaga boleh baharu, hidrogen dan mobiliti hijau di rantau Asia Pasifik.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 11 Jan (Bernama) -- Minyak sawit Malaysia dan produknya mempunyai potensi besar untuk mempertingkatkan sektor minyak makan dan pembuatan makanan di Pakistan, serta mengukuhkan lagi kerjasama yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
1tahun ago
Oleh Zarul Effendi Razali
KUALA LUMPUR, 11 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka mengekalkan trajektori menaik minggu depan, disokong oleh prospek positif emas fizikal di London Bullion Market Association.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- Malaysia sedang meneroka bagaimana teknologi kewangan (FinTech) boleh berperanan sebagai instrumen utama dalam semua perjanjian yang ditandatangani antara Malaysia dan ASEAN, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga Jumaat dengan mengukuh sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dalam senario sentimen Rizab Persekutuan AS (Fed) yang cenderung menaikkan kadar faedah selain data-data ekonomi negara maju itu yang lebih positif, kata penganalisis.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) — ASEAN memerlukan strategi bersatu untuk meningkatkan industri kenderaan elektrik (EV) di rantau ini, kata Ketua Pegawai Eksekutif Yinson Holdings Bhd (Yinson) Lim Chern Yuan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) -- Ekonomi Malaysia dijangka mencatatkan pertumbuhan yang kukuh pada tahun ini, didorong oleh permintaan domestik yang baik, aktiviti pelaburan yang rancak serta pertumbuhan dalam eksport dan pelancongan, walaupun terdapat potensi ketidaktentuan global, menurut Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM).
1tahun ago
Oleh Nur Fadhliana Shaari
JOHOR BAHRU, 8 Jan (Bernama) -- Pemeteraian perjanjian Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) semalam menandakan bab baharu dalam usaha sama membangunkan ekonomi serantau, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Negeri Lee Ting Han.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) -- Kementerian Kewangan (MOF) dan kerajaan Johor mengumumkan pakej insentif Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) yang disediakan untuk menarik pelaburan bernilai tinggi ke Johor.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) -- Maxis, syarikat telekomunikasi bersepadu (telco) ternama di Malaysia, baru-baru ini mempamerkan penyelesaian Mobile Identity Maxis dalam menyampaikan pengalaman pengesahan yang lancar, selamat dan dipermudahkan bagi pengguna mudah alih.