Terdapat 3760 berita berdasarkan kata kunci carian " kerja"

Pengeluar Keretapi China Puji Industri Kimpalan Di Malaysia

Daripada Rohani Mohd Ibrahim

PANZHIHUA (Sichuan, China), 17 Nov (Bernama) -- Pengeluar produk kereta api China memuji piawaian tinggi industri kimpalan di Malaysia dan berkata tahap kepakaran tersebut menghapuskan keperluan syarikat untuk menggunakan pasukan teknikalnya semasa mengeksport relnya ke Malaysia.

Kerjasama Sarawak-UBC Buka Lembaran Baharu Perlombongan Hijau

KUCHING, 16 Nov (Bernama) -- Sektor kuari dan perlombongan hijau Sarawak melakar satu pencapaian baharu susulan kerjasama antara Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (Centexs) serta Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam Sekitar Negeri dengan University of British Columbia (UBC), Kanada.

China Gesa ASEAN Tumpu Sektor Pembuatan Bagi Tingkat Daya Saing Di Peringkat Global

BEIJING, 15 Nov (Bernama) -- Negara-negara ASEAN perlu memberi lebih perhatian kepada industri pembuatan bagi meningkatkan daya saing dalam pasaran global, kata Pengarah Seksyen Penyelidikan dan Pengajaran Ekonomi Perindustrian China, Xu Jie. 

Malaysia Satukan Dasar, Pelaburan & Modal Insan Jana Masa Depan Tenaga Asia Tenggara - SEDA

KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Malaysia menyasar untuk menerajui pembangunan sistem tenaga yang terjamin, mampu milik dan rendah karbon di Asia Tenggara dengan menggabungkan dasar yang stabil, projek boleh labur, infrastruktur moden serta modal insan berkemahiran.

Ringgit Dijangka Sekitar 4.10-4.15 Berbanding Dolar AS Minggu Depan

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Ringgit diunjur diniagakan dalam julat 4.10-4.15 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada minggu depan, disokong oleh asas makroekonomi Malaysia yang berdaya tahan dalam jangkaan anjakan peralihan berkaitan dasar monetari negara maju itu.

GMC Diaktifkan Semula Perkukuhkan Pengurusan Tuntutan Perubatan

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Pihak industri penjagaan kesihatan serta insurans/takaful mengaktifkan semula Jawatankuasa Mekanisme Aduan Kesihatan (GMC) dengan sokongan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Bank Negara Malaysia (BNM).

Malaysia Kemudi ASEAN Tangkas Tangani Peralihan Perdagangan Global -- Liew Chin Tong

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Malaysia mengambil tindakan pantas dan melibat urus dengan negara anggota ASEAN lain untuk merangka apa yang perlu dilakukan rantau itu susulan perubahan mendadak dalam sentimen perdagangan global tahun ini, terutamanya berkaitan tarif baharu Amerika Syarikat (AS).

U Mobile Peroleh Kemudahan Pembiayaan Bersindiket RM4.3 Bilion Bagi Pelaksanaan 5G

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- U Mobile Sdn Bhd telah memeterai kemudahan pembiayaan bersindiket sebanyak RM4.3 bilion dengan empat bank bagi menyokong pelaksanaan rangkaian 5G generasi seterusnya selain mempercepat perluasan pengalaman ULTRA5G ditawarkan syarikat itu.

Petronas Isytihar Projek Gas Asli Di Suriname Berdaya Maju Sebagai Komersial

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Syarikat minyak dan gas nasional, Petroliam Nasional Bhd (Petronas) telah mengumumkan bahawa projek gas asli di Suriname dianggap berdaya maju secara komersial.

BNM Optimis Malaysia Terus Terima Aliran Masuk FDI Pada 2026 

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) optimis Malaysia akan terus menerima aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) yang stabil pada 2026.

LAC Med Berhasrat Kumpul RM55.6 Juta Melalui IPO

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Peranti perubatan dan penyedia penyelesaian bersepadu, LAC Med Bhd berhasrat untuk mengumpulkan RM55.6 juta melalui tawaran awam permulaan (IPO) menjelang penyenaraiannya di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd pada 10 Disember 2025. 

Eastern Pacific Industrial Corporation Raih Empat Pengiktirafan Pada Anugerah MSOSH Ke-43

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Eastern Pacific Industrial Corporation Bhd (EPIC) telah memenangi empat pengiktirafan berprestij di majlis Anugerah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) Persatuan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (MSOSH) ke-43, yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.