Terdapat 2374 berita berdasarkan kata kunci carian " asean"

Belanjawan 2026: Insentif Cukai Dapat Lonjak Perdagangan Intra-ASEAN - Samenta

KUALA LUMPUR, 8 Okt 0 (Bernama) -- Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA) menggesa kerajaan supaya menyediakan insentif cukai bagi perbelanjaan yang berkaitan dengan pembangunan pasaran dan rantaian bekalan intra-ASEAN menerusi Belanjawan 2026.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS, Mata Wang Utama Lain

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Ringgit mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan mata wang utama lain ketika dibuka pada Rabu, didorong sentimen positif menjelang pembentangan belanjawan 2026 Malaysia pada Jumaat ini.

Malaysia Sedia Muncul Sebagai Hab Serantau Bagi Peranti Teknologi Saraf - Pakar Bedah Saraf

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Malaysia mempunyai peluang besar yang belum diterokai dalam pembangunan dan pengkomersialan peranti teknologi saraf, sekali gus mampu menjadikan negara sebagai hab serantau, kata seorang pakar bedah saraf.

CIDB, Turner & Townsend Tumpu Topik Aliran Pembinaan Pada ICTC 2025

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) menjalinkan kerjasama dengan Turner & Townsend untuk tahun kedua berturut-turut dalam usaha memberikan pandangan yang tepat dan kritikal kepada industri menerusi penganjuran Persidangan Transformasi Pembinaan Antarabangsa (ICTC) 2025.

Bank Dunia Unjur Pertumbuhan Ekonomi Malaysia Sederhana Kepada 4.1 Peratus Pada 2026

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka kekal kepada 4.1 peratus pada 2026, tidak berubah daripada unjurannya bagi 2025, menurut Bank Dunia.

Malaysia Sasar Lonjak Eksport Ke Finland Menjelang 2030

Daripada Zufazlin Baharuddin

HELSINKI, 7 Okt (Bernama) -- Malaysia menyasar untuk menggandakan eksport ke Finland menjelang 2030 terutama dalam sektor utama, yang melibatkan elektronik, makanan halal dan bahan binaan hijau.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini, disokong oleh minat belian dalam persekitaran keyakinan bahawa kerajaan Malaysia akan mengekalkan disiplin fiskal dan secara beransur-ansur menurunkan defisit fiskal sebagai peratusan Keluaran Dalam Negara Kasar dalam Belanjawan 2026.

Pelan Tindakan AI Kebangsaan 2026-2030 Akan Dilancar Disember Ini

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Pelan Tindakan Kecerdasan Buatan (AI) Kebangsaan 2026-2030 dijangka dilancarkan pada Disember ini, yang memberi tumpuan kepada sektor dan bidang utama seperti tadbir urus, masyarakat dan industri.

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan peningkatan 0.70 peratus dalam Indeks Dolar AS (DXY) kepada 98.406 mata.

Malaysia-Pakistan Perlu Pergiatkan Semula Kerjasama Dua Hala - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) --Malaysia dan Pakistan perlu menggiatkan semula kerjasama dua hala dan bergerak ke arah dasar yang lebih agresif dan progresif, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malaysia Terus Perjuang Perdagangan Adil Dan Terbuka, Perkukuh Kerjasama Global - Anwar

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Malaysia akan terus memperjuangkan perdagangan terbuka dan adil serta mengukuh kerjasama antarabangsa melalui penglibatan dalam pelbagai platform, termasuk Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC), ASEAN dan BRICS.

UOB Malaysia Tetapkan Harga Sukuk Musharakah Sri Hijau ASEAN Pada RM455 Juta Untuk ECRB

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- UOB Malaysia berjaya menetapkan harga nota jangka sederhana Islam bernilai RM455 juta di bawah Tranche 7 Program Sukuk Musharakah RM2 bilion EXSIM Capital Resources Bhd (ECRB), yang distrukturkan sebagai Sukuk Musharakah SRI Hijau ASEAN.