4bulan ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup lebih rendah hari ini para peniaga bimbang terhadap kadar eksport yang lemah berikutan laporan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menunjukkan prestasi eksport Ogos yang kurang memberangsangkan.
4bulan ago
Oleh Yasmin Ahmad Zukiman
KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) disenaraikan sebagai lapangan terbang kedua paling sibuk di Asia Tenggara, menurut data terbaharu OAG Aviation, penyedia analisis perjalanan global yang berpusat di United Kingdom.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Oceancash Pacific Bhd (OPB) memeterai perjanjian langganan saham bersyarat (SSA) dengan Paragon Union Bhd untuk mengambil alih Paragon Car Carpets & Components Sdn Bhd (PCCCSB) dengan nilai RM13.42 juta.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Prestasi pertumbuhan ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan meskipun berhadapan dengan ketidaktentuan geopolitik dan perdagangan global, lebih baik berbanding beberapa negara ASEAN antaranya Singapura dan Thailand pada suku kedua tahun ini.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Anak syarikat Petroliam Nasional Bhd (Petronas), Petronas LNG Ltd memeterai perjanjian jual beli selama 15 tahun dengan Woodside Energy Trading Singapore Pte Ltd bagi membekalkan satu juta tan setahun (Mtpa) gas asli cecair (LNG) ke Malaysia bermula 2028.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB) telah menyemak semula unjuran 2025 bagi kadar hasil Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) 10 tahun untuk mengakhiri tahun pada sekitar 3.40 peratus, berikutan pemotongan kadar dasar semalaman (OPR) baru-baru ini.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- ASEAN menawarkan peluang yang luas untuk pelaburan berimpak tinggi berikutan peneraju dalam sektor perniagaan dan kerajaan cenderung ke arah integrasi serantau yang lebih baik, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Finland sedang mengintai lebih banyak peluang perniagaan di Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), menunjukkan minatnya yang semakin meningkat untuk berkembang di Malaysia.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Sektor perbankan Malaysia berkedudukan baik untuk menghadapi ketegangan perdagangan dan pertumbuhan ekonomi yang lembap, dipacu oleh pasaran buruh yang teguh dan kestabilan kewangan isi rumah, menurut S&P Global Ratings.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Malaysia dijangka memperoleh pelaburan melebihi RM169.2 bilion dalam kecerdasan buatan (AI) dan pusat data menjelang 2030, menurut penyelidikan baharu daripada rakan penyelesaian bakat global, Robert Walters.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Ringgit diunjurkan mengukuh kepada 4.08 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) menjelang akhir tahun ini, disokong oleh kestabilan makroekonomi Malaysia, pembaharuan yang sedang dilaksanakan serta peralihan pelabur daripada aset AS, menurut Kenanga Investment Bank (IB) Bhd.
4bulan ago
OSAKA, 10 Sept (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) menegaskan komitmen Malaysia untuk mencapai pelepasan sifar bersih menjelang 2050 di samping menekankan peranannya dalam memajukan integrasi tenaga ASEAN ketika berlangsungnya Minggu Tenaga di Pavilion Malaysia pada acara dunia, Expo 2025 Osaka, di sini.