11bulan ago
BANGI, 18 Feb (Bernama) -- Desatera Sdn Bhd, anak syarikat Dewina Holdings Sdn Bhd, optimis untuk mendapatkan lebih banyak projek dan mengembangkan jangkauannya pada 2025, selepas mencatatkan prestasi yang kukuh pada 2024 walaupun berdepan cabaran ekonomi, kata Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Feizal Nor Nurbi.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- My E.G. Services Bhd (MYEG) mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi iaitu sebanyak RM697.55 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2024 berbanding RM487.65 juta yang dicatatkan pada tahun sebelumnya.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Gas Malaysia Bhd mencatatkan keuntungan bersih lebih tinggi sebanyak RM441.39 juta bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Dis 2024 berbanding RM383.40 juta pada tahun sebelumnya.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) akan menyokong Malaysia untuk mencapai atau melepasi sumbangan ekonomi digital sebanyak 25.5 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada akhir 2025, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Anuar Fariz Fadzil.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), syarikat dan pengeksport yang terlibat dalam rantaian bekalan agar menjadi lebih proaktif menerapkan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) dalam perniagaan mereka.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Kesemua lima pengarah bebas bukan eksekutif Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) telah mengemukakan peletakan jawatan mereka susulan penyahsenaraian syarikat itu daripada Bursa Malaysia berikutan pengambilalihan oleh Gateway Development Alliance Sdn Bhd (GDA).
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Maxis Bhd mencatat peningkatan keuntungan bersih 40.6 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024 kepada RM1.4 bilion berbanding RM993 juta pada tahun sebelumnya, didorong oleh pertumbuhan hasil yang lebih kukuh dan pengoptimuman kos.
11bulan ago
TELUK INTAN, 18 Feb (Bernama) -- Seramai 24,700 pembayar cukai telah menggunakan sistem e-invois yang melibatkan pengeluaran sekitar 173 juta e-invois bermula dari Fasa pertama pada 1 Ogos, 2024, sehingga 13 Februari 2025.
11bulan ago
PUTRAJAYA, 18 Feb (Bernama) -- Syarikat bumiputera dalam industri perkayuan tempatan perlu bekerjasama dengan syarikat bukan bumiputera bagi memperluas pasaran dan mengukuhkan daya saing mereka, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Malaysia akan terus mengambil langkah proaktif bagi memastikan kepentingan ekonomi dan perdagangan negara kekal kukuh di persada antarabangsa, menurut Kementerian Luar.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Tuduhan bahawa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengalami kerugian daripada penjualan saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) adalah tidak berasas, menurut Kementerian Kewangan (MOF).
11bulan ago
PUTRAJAYA, 18 Feb (Bernama) -- Nilai eksport produk perkayuan negara meningkat sebanyak 4.9 peratus kepada RM22.9 bilion pada tahun lepas berbanding pada 2023, kata Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.