BERITA TERKINI   (RASMI) BN menang di Parlimen Kinabatangan dengan majoriti 14,214 undi - Pengurus Pilihan Raya | 

Terdapat 5340 berita berdasarkan kata kunci carian " 2025"

Northeast Group Cari Perincian Mengenai Inisiatif NSS Dalam Belanjawan 2025

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Northeast Group Bhd yang bakal muncul buat kali pertama di Pasaran ACE menggesa kerajaan memberikan butiran lanjut mengenai Strategi Semikonduktor Nasional (NSS) agar dapat kejelasan bagaimana kerajaan merancang untuk membantu pemain industri melalui Belanjawan 2025.

Beberapa Negara ASEAN Turut Minat Sertai BRICS - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Beberapa negara ASEAN turut menunjukkan minat menyertai BRICS selepas Malaysia menyatakan hasrat untuk menjadi sebahagian daripada blok ekonomi itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Niaga Hadapan FBM KLCI Meningkat Pada Sesi Awal

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) diniagakan lebih tinggi dalam sesi dagangan awal pada Selasa.

Ringgit Mengukuh Berbanding Dolar AS Pada Sesi Awal

KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Ringgit mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal urus niaga Selasa, didorong oleh sentimen optimis terhadap Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada Jumaat ini.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Kebanyakannya Rendah Susulan Pengambilan Untung

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya rendah hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung, kata peniaga.

PMKS Terus Alami Keuntungan Terhad - SAMENTA

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Kebanyakan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di negara ini terus menghadapi keuntungan terhad disebabkan oleh peralihan digital, kekurangan tenaga kerja dan peningkatan kos pematuhan.

Avaland Ekspresi Kehidupan Lestari Menerusi Avenue25

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Pemaju hartanah Avaland Bhd menetapkan penanda aras baharu dengan menyasarkan semua fasa projek Avenue25 di Subang Jaya mencapai pensijilan GreenRE Gold.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini menjelang pengumuman data Indeks Harga Pengeluar Amerika Syarikat lewat malam ini.

Belanjawan 2025: Industri Automotif Harap Tempoh Pengecualian Cukai Jalan EV Dilanjutkan

Oleh Zairina Zainudin

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Peserta industri automotif mengharapkan tarikh akhir insentif pengecualian cukai jalan penuh bagi kenderaan elektrik (EV) dilanjutkan selain diperluas untuk kenderaan elektrik hibrid (HEV).

Pasaran Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan Malaysia Diunjur Cecah US$48.41 Bilion Pada 2028

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Saiz pasaran perkhidmatan penjagaan kesihatan Malaysia diunjurkan mencecah US$48.41 bilion (US$1=RM4.28) pada 2028 dengan kadar pertumbuhan tahunan terkumpul (CAGR) 13.5 peratus, menurut Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).

Belanjawan 2025: Persatuan Jualan Langsung Gesa Kerajaan Ketatkan Peraturan e-Dagang

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Persatuan Jualan Langsung Malaysia (DSAM) menggesa kerajaan memperuntukkan dana bagi mengetatkan peraturan, meningkatkan penguatkuasaan dan mendidik secara berterusan amalan beretika e-dagang dalam Belanjawan 2025.

Sektor Perindustrian Malaysia Dijangka Kekal Tumbuh Pada Separuh Kedua 2024

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Sektor perindustrian Malaysia dijangka mengekalkan trajektori pertumbuhan pada separuh kedua 2024, dipacu oleh permintaan domestik yang kukuh dan pemulihan beransur-ansur dalam pasaran global, kata Public Investment Bank Bhd (PIVB).