10bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) -- Petronas Gas Bhd (PGB) kekal komited untuk mencapai pertumbuhan mampan dan mengemudi landskap tenaga yang berkembang pada masa depan, kata Pengerusinya Datuk Adif Zulkifli.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Kecerdasan buatan (AI) boleh menambah sekitar US$115 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia menjelang 2030, memberi manfaat bukan sahaja kepada sektor pembuatan tetapi juga sektor penjagaan kesihatan, pertanian dan kewangan, kata pengasas EMIR Research, Dr Rais Hussin.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) – Pharmaniaga Bhd meneruskan pelan regularisasi kumpulan supaya keluar dari status Nota Amalan 17 (PN17) selepas pemegang saham meluluskan tiga resolusi utama pada mesyuarat agung luar biasa (EGM) hari ini.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Penggiat tempatan dalam perkhidmatan dan peralatan minyak dan gas (OGSE) perlu memanfaatkan kepakaran peralihan tenaga untuk menjangkau pasaran pengguna hiliran, kata Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) – Malaysia berada di kedudukan baik untuk memperkasakan pasaran modal, perniagaan tempatan dan daya saing global, disokong oleh persekitaran kondusif untuk pejabat keluarga dan rangka kerja kawal selia kukuh yang menggalakkan pelaburan semula kekayaan dalam negara, kata Suruhanjaya Sekuriti (SC).
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) merekodkan lebihan operasi bersih RM20.70 juta pada 2024, pulih daripada defisit operasi bersih RM56.46 juta yang dicatatkan setahun sebelumnya, menurut Laporan Tahunan SC 2024 yang dikeluarkan hari ini.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Kanada sedang mempergiatkan usaha bagi meningkatkan aspek perdagangan dan pelaburannya, termasuk mengukuhkan hubungan dengan Malaysia selain menembusi pasaran baharu.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Pelabur asing mengekalkan pandangan lemah terhadap ekuiti Asia, terus mencatatkan jualan bersih untuk minggu ketiga berturut-turut, dengan aliran keluar yang ketara berjumlah US$6.73 bilion (US$1=RM4.43) kecuali Filipina manakala pelabur tempatan membantu Bursa Malaysia meredakan impak daripada aliran keluar pasaran yang lebih luas.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) – Sokongan kerajaan penting dalam mempercepat penerimagunaan kecerdasan buatan (AI) dan Internet Pelbagai Benda (IoT), kata pakar industri IoT.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) -- Defisit Belanjawan Malaysia diunjur lebih mengecil pada 3.9 peratus bagi 2025, kata BIMB Securities Sdn Bhd.
10bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- NGC Energy Sdn Bhd merancang untuk mengembangkan lagi perniagaan sistem fotovoltaik (PV) solar dalam sektor komersial dan perindustrian tahun ini, berbanding daripada projek kediaman.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Sebanyak 26,665 syarikat telah menggunakan sistem e-Invois sejak ia dilaksanakan pada Ogos 2024 dengan 207.4 juta e-Invois dikeluarkan setakat 10 Mac lepas, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.