7bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) memperkenalkan program peralihan komprehensif bagi menyokong kakitangan yang terjejas dengan cadangan pengurangan tenaga kerja berikutan syarikat itu melaksanakan transformasi strategik utama bagi memastikan operasinya bersiap siaga dan kekal berdaya saing dalam landskap tenaga global yang berubah-ubah.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Maybank Investment Bank Bhd (Maybank Investment Bank) menjangkakan pemangkin, seperti kitar semula aset dan perolehan baharu akan menyokong sektor amanah pelaburan hartanah (REIT) dalam separuh pertama 2025, memandangkan pengurusan merentas sektor mengekalkan prospek optimistik yang berhati-hati.
7bulan ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) --Bursa Malaysia mengakhiri dagangan dengan ditutup tinggi hari ini disokong oleh pembelian saham wajaran tinggi terpilih ketika peserta pasaran menunggu keputusan perbincangan peringkat tinggi antara Amerika Syarikat (AS)-China.
7bulan ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Syarikat-syarikat telekomunikasi Malaysia (telco) dinasihatkan untuk beralih melangkaui taktik tradisional dengan reka bentuk yang menarik serta startegi yang mengutamakan pendigitalan agar sesuai dengan pengguna hari ini bagi memenangi pasaran domestik yang matang dan sentiasa berkembang, menurut satu kajian.
7bulan ago
GEORGE TOWN, 8 Jun (Bernama) -- Penangguhan pelaksanaan sistem e-Invois dibuat selepas kerajaan mendengar keluhan peniaga khususnya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di negara ini, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.
7bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 7 Jun (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia dijangka kekal lengang minggu depan berikutan ketidaktentuan ekonomi global susulan penangguhan tarif Amerika Syarikat (AS) selama 90 hari.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Jun (Bernama) -- Pengecualian terbaharu sistem e-invois untuk perniagaan dengan jualan tahunan di bawah RM500,000 ketika ini membolehkan lebih banyak ruang untuk mereka melabur dalam peralatan yang betul untuk melaksanakan sistem itu, kata Persatuan Majikan Perindustrian, Komersial dan Perkhidmatan Malaysia (MICSEA).
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Jun (Bernama) -- Penyertaan semula AMMB Holdings Bhd sebagai konstituen utama Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susulan semakan separuh tahunan dijangka membawa sumbangan wajaran 2.7 peratus, menurut CIMB Securities Sdn Bhd.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) sekali lagi menegaskan bahawa syarikat itu tidak akan keluar dari Kanada.
7bulan ago
Daripada Nor Baizura Basri
SAN FRANCISCO, 5 Jun (Bernama) -- Pagi itu cuaca amat dingin di sini, dan perut penulis mula berkeroncong ingin menjamah makanan.
7bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid and Nur Atiq Maisarah Suhaimi
KUALA LUMPUR, 4 Jun (Bernama) -- Malaysia perlu bersedia untuk berdepan dengan potensi tarif Amerika Syarikat (AS) seterusnya, yang mungkin mensasarkan sektor serta produk strategik utama seperti semikonduktor, produk teknologi dan farmaseutikal selain tidak tertumpu semata-mata untuk merundingkan pengurangan tarif timbal balik dengan AS seperti sekarang ini.
7bulan ago
Daripada Nor Baizura Basri
SAN FRANCISCO, 3 Jun (Bernama) -- Penggunaan kecerdasan buatan (AI) oleh perusahaan di Asia Pasifik termasuk ASEAN kini semakin meluas dan mula mendapat sambutan.