Terdapat 166 berita berdasarkan kata kunci carian "smr 20"

Pasaran Global Tidak Menentu, Kebimbangan Bekalan Dijangka Pengaruhi Harga Getah M'sia Minggu Depan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 16 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia dijangka mengalami trend bercampur-campur minggu hadapan berikutan ketidaktentuan pasaran komoditi dan kewangan global yang terus mempengaruhi niaga hadapan getah serantau, kata Persatuan Pengilang Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA).

Pasaran Getah Ditutup Tinggi Berikutan Penangguhan Tarif AS-China Selama 90 Hari Lagi

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi pada hari Selasa, didorong oleh harga minyak mentah penanda aras yang stabil, sentimen pasaran juga dirangsang oleh keyakinan baharu terhadap penangguhan tarif antara Amerika Syarikat (AS) dan China, kata seorang peniaga.

Pasaran Getah Dijangka Alami Ketidaktentuan Minggu Depan Apabila Tarif Baharu AS Berkuat Kuasa

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 9 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia dijangka mengalami ketidaktentuan minggu hadapan apabila tarif baharu Amerika Syarikat (AS) mula berkuat kuasa, menurut Persatuan Pengilang Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA).

Pasaran Getah Ditutup Rendah Susulan Tarif AS Mula Berkuat Kuasa

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup lebih rendah hari ini seiring dengan rakan serantaunya apabila tarif yang diumumkan oleh Amerika Syarikat (AS) baru-baru mula berkuat kuasa,” kata seorang peniaga. 

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini, sejajar dengan pasaran niaga hadapan getah serantau, kata peniaga.

Pasaran Getah Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran Kecil Minggu Hadapan

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 2 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah dijangka didagangkan dalam jajaran kecil tetapi dengan kecenderungan menurun pada minggu hadapan, kata pakar industri Denis Low. 

Pasaran Getah Ditutup Rendah Susulan Niaga Hadapan Serantau Yang Bercampur-campur

KUALA LUMPUR, 30 Julai  (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup lebih rendah hari ini di tengah -tengah trend bercampur-campur dalam niaga hadapan getah serantau. 

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini, dipengaruhi oleh trend menurun dalam pasaran niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.

Pasaran Getah Ditutup Rendah Berikutan Aktiviti Pengambilan Untung

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup rendah pada Isnin, sejajar dengan pasaran niaga hadapan getah serantau berikutan aktiviti pengambilan untung yang menyebabkan penurunan jangka pendek, kata peniaga.

Pasaran Getah Diniagakan Berhati-hati Tetapi Cenderung Menaik Minggu Hadapan

KUALA LUMPUR, 26 Julai (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia dijangka diniagakan berhati-hati minggu hadapan tetapi cenderung untuk naik berikutan pelbagai ketidakpastian dan ketidakstabilan dalam pasaran. 

Pasaran Getah Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia terus mencatatkan aliran meningkat dengan ditutup tinggi pada Jumaat, disokong oleh kenaikan niaga hadapan getah serantau yang didorong oleh peningkatan dalam pasaran niaga hadapan getah Shanghai dan harga minyak mentah yang stabil, kata peniaga.

Pasaran Getah Ditutup Lebih Tinggi, Menjejaki Aliran Meningkat Niaga Hadapan Serantau

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup lebih tinggi pada Khamis, didorong oleh aliran meningkat dalam pasaran niaga hadapan getah serantau berikutan kebimbangan terhadap bekalan getah, kata seorang peniaga.