BERITA TERKINI   FFC x TMTG: Sembilan aktivis Malaysia dijangka tiba di tanah air pada petang Ahad ini - Mohamad Hasan | 

Terdapat 276 berita berdasarkan kata kunci carian "selangor"

Unity Group, Tek Securities Perkenal Sukuk Iklim RMB200 Juta Bagi Biaya Inisiatif Hijau Selangor

KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Syarikat teknologi hijau yang beribu pejabat di Hong Kong, Unity Group Holdings International Ltd bekerjasama dengan Tek Securities Ltd yang berpusat di Labuan bagi memperkenalkan sukuk iklim berjumlah RMB200 juta.

Malaysia Raih Pelaburan Diluluskan RM190.3 Bilion Separuh Pertama 2025, Naik 18.7 Peratus Tahun Ke Tahun

KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Malaysia meraih pelaburan diluluskan sebanyak RM190.3 bilion pada separuh pertama 2025, peningkatan 18.7 peratus tahun ke tahun, menurut Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).

Inflasi Malaysia Naik Kepada 1.2 Peratus Pada Julai 2025

KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Inflasi Malaysia meningkat 1.2 peratus dengan mata indeks mencatatkan 134.7 pada Julai 2025 daripada 133.1 pada bulan yang sama tahun lepas, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

UOB Malaysia Sokong Pelancaran Program MTN Hijau ASEAN FMM House Bernilai RM3 Bilion

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- United Overseas Bank (Malaysia) Bhd (UOB Malaysia) menyokong FMM House Sdn Bhd dalam melancarkan Program Nota Jangka Sederhana (MTN) Hijau ASEAN bernilai RM3 bilion, satu inisiatif yang bertujuan untuk memajukan pembangunan mampan dalam infrastruktur logistik Malaysia.

Express Powerr Yang Bakal Disenaraikan Di Pasaran ACE Jangka Raih RM36.0 Juta Daripada IPO

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Penyedia perkhidmatan sewaan penjana Express Powerr Solutions (M) Bhd yang bakal disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 24 Sept 2025, menjangka meraih RM36.0 juta menerusi tawaran awam permulaannya (IPO).

Malaysia, Kazakhstan Mampu Tingkat Perdagangan Melalui Rangkaian Kereta Api

KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) – Pihak berkuasa kereta api Kazakhstan dan Malaysia sedang berusaha membangunkan rangkaian rel logistik perdagangan terus bagi membolehkan peningkatan perdagangan kedua-dua negara.

Rugi Bersih WCE Turun Kepada RM25.33 Juta Pada Suku Pertama Tahun Kewangan 2026

KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Kerugian bersih WCE Holdings Bhd bagi suku pertama berakhir 30 Jun, 2025, turun kepada RM25.33 juta berbanding kerugian bersih sebanyak RM25.86 juta bagi tempoh yang sama setahun lepas.

YCH Fusionaris Labur RM500 Juta Di Klang Bukti Potensi Pelaburan Jadi Realiti - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- Pelaburan strategik oleh YCH Fusionaris Sdn Bhd membuktikan potensi pelaburan kini direalisasikan, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Pengeluaran Lateks Tempatan Masih Belum Mampu Tampung Keperluan Industri - KPK

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Secara keseluruhan, pengeluaran lateks tempatan masih belum mencukupi untuk memenuhi permintaan industri produk berasaskan lateks, terutama dalam penghasilan sarung tangan getah yang merupakan penyumbang utama kepada nilai eksport produk getah Malaysia.

Indeks Harga Seunit Besi Turun 0.2–3.5 Peratus Pada Julai 2025 -- DOSM

KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) --  Indeks harga besi menunjukkan sedikit penurunan pada Julai 2025 dalam lingkungan -0.2 peratus hingga -3.5 peratus berbanding bulan lepas, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Sektor Pembinaan Malaysia Tumbuh 12.9 Peratus, Nilai Kerja Cecah RM43.9 Bilion

KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Bernama) -- Sektor pembinaan Malaysia mengekalkan pertumbuhan kukuh sebanyak 12.9 peratus pada suku kedua 2025 dengan nilai kerja-kerja mencecah RM43.9 bilion pada tempoh sama, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Tempahan Boeing Sokong Pertumbuhan Pelan Tindakan Ekonomi RMK13

KUALA LUMPUR, 9 Ogos (Bernama) -- Pembelian Malaysia Aviation Group (MAG) ke atas 30 Boeing 737 MAX Aircraft merupakan langkah strategik yang sejajar dengan matlamat Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) untuk transformasi serta peningkatan ekonomi, perindustrian dan perdagangan global.