1bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama) -- Harga emas dijangka disemak naik, dengan unjuran meningkat kepada US$5,600 bagi setiap auns menjelang akhir 2026, menokok daripada unjuran sebelumnya US$4,800, yang mencerminkan perkembangan terkini dan daya tahan lebih kukuh berbanding jangkaan, kata OCBC Group Research.
1bulan ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Langkah Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada paras sedia ada adalah wajar memandangkan prospek pertumbuhan negara yang stabil dan keadaan inflasi yang boleh diurus, kata ahli ekonomi.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Inflasi Malaysia meningkat 1.6 peratus pada Disember 2025 dengan mata indeks mencatatkan 135.5 berbanding 133.4 pada bulan yang sama tahun sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
1bulan ago
Oleh Nor Baizura Basri dan Mohd Iswandi Kasan Anuar
PUTRAJAYA, 17 Jan (Bernama) -- Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bulanan yang disalurkan sejak 9 Januari lepas menyaksikan hampir satu pertiga daripada kira-kira RM624.97 juta dibelanjakan sehingga 13 Jan.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Ekonomi Malaysia diunjur berkembang 5.7 peratus pada suku keempat 2025 (S4 2025), disokong oleh prestasi kukuh dalam sektor ekonomi utama dan permintaan domestik yang teguh, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
1bulan ago
KUCHING, 15 Jan (Bernama) -- AirBorneo telah melengkapkan peralihan Sistem Kawalan Perlepasan (DCS) dan kini beroperasi di bawah kod penerbangannya sendiri, MY, menandakan peristiwa penting dalam transformasi syarikat penerbangan itu kepada kebebasan operasi penuh.
1bulan ago
KUCHING, 13 Jan (Bernama) -- AirBorneo yang sebelum ini beroperasi di bawah kod penerbangan MH (siri MH3000) akan beralih ke kod penerbangan MY (siri MY3000) berkuat kuasa 14 Januari.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) -- Sektor hartanah Malaysia dijangka stabil pada 2026, dengan penggiat industri melancarkan projek dengan berhemat di samping pelaksanaan projek Kerajaan Persekutuan dan negeri seperti Bandar MADANI dan rumah mampu milik yang semakin berkembang.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) -- Capital A Bhd menjelaskan bahawa keputusan Bursa Malaysia Securities Bhd untuk tidak meluluskan permohonannya bagi lanjutan masa untuk menyelesaikan pengagihan saham tidak mempunyai kesan material terhadap pelaksanaan korporat kumpulan yang sedang berjalan.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) -- Johor muncul sebagai satu daripada negeri paling berprestasi dalam jumlah dan nilai transaksi hartanah manakala Sabah mencatatkan peningkatan di segmen kediaman, komersial dan perindustrian.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Capital A Bhd tidak menerima kelulusan daripada Bursa Malaysia Securities Bhd bagi lanjutan tempoh untuk melengkapkan pengagihan saham yang dicadangkan, namun ia tetap dilaksanakan serentak dengan tawaran saham persendirian AirAsia X Bhd (AAX).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Domino’s Pizza Malaysia membuka peluang francais baharu di seluruh negara sebagai sebahagian daripada rancangan pengembangannya, mempelawa bakal usahawan dan pemilik perniagaan untuk berkembang bersama salah satu jenama piza paling dikenali di dunia itu.