Terdapat 743 berita berdasarkan kata kunci carian "public bank"

Teruskan Momentum, Indeks Utama Bursa Malaysia Naik 8.93 Mata Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Indeks petunjuk utama Bursa Malaysia meneruskan momentum peningkatan pada tengah hari ini ketika pelabur mengalihkan semula minat terhadap saham-saham wajaran tinggi susulan sentimen positif di pasaran serantau.

Bursa Malaysia Melantun Pada Sesi Awal Dipacu Jangkaan Kadar Faedah AS Turun

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan Rabu dengan lebih positif, kembali meningkat dipacu oleh sentimen optimis selain menjejaki prestasi semalaman Wall Street susulan jangkaan Amerika Syarikat (AS) akan menurunkan kadar faedahnya.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) --  Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan prestasi lebih rendah susulan aktiviti pengambilan untung mempengaruhi saham wajaran tinggi dengan pelabur menunggu pemangkin pasaran baharu.

Bursa Malaysia Dibuka Tidak Berubah, Tinggi Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama)  -- Bursa Malaysia tidak berubah ketika dibuka pada Selasa, tinggi sedikit dalam dagangan awal dalam persekitaran optimisme, menjejaki kenaikan semalaman Wall Street.

Indeks Petunjuk Pasaran Bursa Malaysia Naik Untuk Ditutup Lebih Tinggi

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia pulih daripada penurunan terdahulu untuk ditutup lebih tinggi sedikit pada Isnin, menjejaki pergerakan positif di kebanyakan pasaran serantau di tengah-tengah optimis baharu terhadap potensi pengurangan kadar faedah Amerika Syarikat (AS). 

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Susulan Sentimen Berhati-hati

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan awal hari ini dengan lebih rendah susulan sentimen berhati-hati ketika pelabur terus berwaspada terhadap risiko luar.

Bursa Malaysia Tinggi Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, disokong oleh aliran meningkat di Wall Street pada Jumaat lepas dan aktiviti belian saham pada harga rendah. 

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Seiring Trend Serantau

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini lebih rendah, menunjukkan prestasi lemah di bursa serantau berikutan jualan besar-besaran di Wall Street dalam tempoh semalaman telah menjejaskan sentimen pelabur.

Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari, Seiring Penjualan Serantau

KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan sesi pagi dengan prestasi rendah pada Jumaat apabila terus mengalami penurunan, menjejaki penjualan di peringkat rantau susulan prestasi lemah Wall Street dalam tempoh semalaman.

FBM KLCI Turun Pada Awal Dagangan

KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Indeks penanda aras Bursa Malaysia meneruskan penurunan ketika awal dagangan pada Jumaat, menjejaki pergerakan hambar Wall Street apabila kebimbangan sektor kecerdasan buatan (AI) menjejaskan sentimen.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Jualan Saat Akhir

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Indeks penanda aras Bursa Malaysia gagal mempertahankan kenaikan semalam yang menyebabkan ia ditutup rendah hari ini disebabkan pengambilan untung apabila penjualan ke atas saham wajaran tinggi terpilih meningkat dalam dua jam terakhir dagangan.

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari Dipacu Belian Kukuh Saham Wajaran Tinggi

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi lebih tinggi, disokong aktiviti belian berterusan dalam kaunter berwajaran tinggi terpilih serta rangsangan baharu yang meningkatkan sentimen pasaran.