23hari ago
Oleh K. Naveen Prabu
KUALA LUMPUR,5 Mac (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur hari ini, dipengaruhi oleh aliran menurun dalam pasaran niaga hadapan getah serantau, di tengah-tengah konflik antara Amerika Syarikat-Iran yang terus menjejaskan sentimen pasaran, kata seorang peniaga.
23hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Pengeluar automotif yang beroperasi di Malaysia digesa meningkatkan penggunaan komponen serta perkhidmatan tempatan dengan melibatkan vendor tempatan dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam rantaian bekalan global mereka.
25hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Pembuatan ASEAN mencatat paras 53.8, pada Februari 2026, iaitu tertinggi dalam sejarah, meningkat daripada 52.8 pada Januari 2026, didorong oleh peningkatan pesanan baharu serta kenaikan pengeluaran yang menghampiri rekod, kata S&P Global.
25hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Malaysia mempunyai pendedahan yang sederhana kepada konflik Amerika Syarikat (AS)-Iran yang sedang berlaku dan keadaan itu boleh diurus dari sudut makroekonomi, kata ahli ekonomi.
25hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Jumlah permintaan kargo udara global, yang diukur mengikut tan kargo bagi setiap kilometer (CTK) meningkat 5.6 peratus pada Januari 2026 berbanding paras pada Januari 2025 (7.2 peratus bagi operasi antarabangsa), menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
25hari ago
GEORGE TOWN, 2 Mac (Bernama) -- Aktiviti Mesyuarat, Insentif, Persidangan dan Pameran (MICE) di Pulau Pinang menjana anggaran impak ekonomi (EEI) sebanyak RM1.91 bilion pada 2025 iaitu peningkatan yang ketara sebanyak 47.7 peratus berbanding 2024.
25hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Top Glove Corporation Bhd telah melantik pengarah eksekutifnya Ng Yong Lin dan pengarah pemasaran Lim Jin Feng sebagai pengarah urusan bersama (MD) berkuat kuasa 1 April 2026.
26hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- NanoMalaysia Bhd (NMB) melakar satu kejayaan besar dalam aspirasi penyimpanan tenaga Malaysia melalui pembangunan prototaip bateri natrium-ion dipertingkat dengan grafena bagi menawarkan ketumpatan tenaga melebihi 300 watt-jam sekilogram (Wh/kg), antara yang tertinggi di dunia.
26hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Pelaksanaan Strategi Semikonduktor Nasional (NSS) Malaysia merekodkan kemasukan pelaburan sebanyak RM59.85 bilion bagi tempoh Januari 2024 hingga September 2025.
26hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Nilai ringgit terus meningkat sebanyak 4.31 peratus kepada RM3.89 berbanding dolar AS setakat 1 Mac 2026, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
26hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Keadaan perniagaan dalam sektor pembuatan Malaysia menjadi sederhana buat pertama kali dalam tempoh empat bulan pada Februari 2026 berdasarkan Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Pembuatan Malaysia S&P Global, yang menurun kepada 49.3, di bawah ambang neutral 50.0.
26hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Kementerian Kewangan menjangkakan kutipan hasil cukai pendapatan individu meningkat 9.4 peratus pada 2026 kepada RM49.07 bilion, disokong oleh pertumbuhan gaji yang lebih stabil serta peningkatan bilangan pembayar cukai berdaftar sebanyak 13 peratus.