Terdapat 2537 berita berdasarkan kata kunci carian "minyak"

Niaga Hadapan MSM Ditutup Lebih Tinggi

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Jumaat, disokong oleh harga minyak kacang soya yang lebih kukuh, kata seorang peniaga. 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Susulan Pengukuhan Dolar AS

KUALA LUMPUR, 22 Mei  (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini menjejaki prestasi yang lebih lemah di pasaran Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS) berikutan pengukuhan dolar AS.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Dipacu Aktiviti Belian Saham Harga Rendah

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Jumaat dipacu aktiviti pembelian saham pada harga rendah yang muncul semula selepas beberapa sesi dagangan lemah sebelum ini.

Lawatan ADB Bukti Peranan Labuan Sebagai Gerbang Khidmat O&G, Kewangan

Oleh Jailani Hasan

LABUAN, 22 Mei (Bernama) -- Kunjungan rasmi delegasi Bank Pembangunan Asia (ADB) ke Labuan membuktikan tumpuan terhadap kedudukan strategik pulau bebas cukai berkenaan sebagai pangkalan sokongan luar pesisir minyak dan gas (O&G), pusat kewangan antarabangsa serta gerbang maritim.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini, seiring dengan kenaikan semalaman di Wall Street apabila harapan meningkat terhadap penyelesaian konflik di Asia Barat dan disokong oleh data ekonomi domestik yang positif.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS, Mata Wang Utama

KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) -- Ringgit dibuka kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan mata wang utama lain pada Jumaat, disokong oleh ketegangan geopolitik yang semakin reda di Asia Barat serta prospek makroekonomi Malaysia yang bertambah baik.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Susulan Ketidaktentuan Dasar Eksport Indonesia

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Khamis berikutan ketidaktentuan berhubung dasar eksport Indonesia yang mencetuskan jualan panik, kata seorang penganalisis.

 

Pasaran Getah Ditutup Rendah Didorong Penurunan Serantau

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Khamis, didorong oleh penurunan pasaran niaga hadapan getah serantau dan ringgit yang lebih kukuh berbanding dolar AS dalam perkembangan bercampur-campur mengenai konflik Asia Barat, kata peniaga.

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS, Mata Wang Serantau

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, disokong oleh asas domestik Malaysia yang memberangsangkan.

Ekonomi Asia Pasifik Naik 3.3 Peratus Pada 2025, Momentum Dijangka Perlahan Pada 2026

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama)  -- Pertumbuhan ekonomi rantau Asia Pasifik meningkat 3.3 peratus pada 2025, mengatasi unjuran awal sebanyak 3.2 peratus, menurut Unit Sokongan Dasar (PSU) Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).

Untung Bersih TH Plantations Susut Kepada RM11.62 Juta Pada Suku Pertama 2026

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- TH Plantations Bhd mencatat penyusutan 9.49 peratus dalam keuntungan bersihnya kepada RM11.62 juta pada suku pertama berakhir 31 Mac, 2026, daripada RM12.84 juta bagi tempoh yang sama tahun lepas.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah pada tengah hari ini berikutan jualan berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih, diterajui oleh kaunter produk perindustrian dan perkhidmatan, produk dan perkhidmatan pengguna serta perladangan.