Terdapat 100 berita berdasarkan kata kunci carian "mbsb"

Prospek Pendapatan Pemaju Hartanah Dijangka Terus Cerah Pada 2026 -- MBSB IB

KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) -- MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB) menjangkakan prospek pendapatan yang cerah bagi pemaju hartanah akan berterusan sehingga 2026, disokong oleh faktor peningkatan jualan pada 2024 dan 2025.

Kadar Pengangguran Malaysia Diunjurkan Kekal 3.0 Peratus Pada 2025 Dan 2026 - MBSB IB

KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Kadar pengangguran Malaysia dijangka kekal 3.0 peratus pada 2025 dan 2026, disokong oleh pertumbuhan guna tenaga yang stabil serta pengambilan pekerja berterusan dalam sektor perkhidmatan berorientasi domestik, menurut MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB).

Pelabur Asing Kembali Ke Bursa Malaysia, Catat Belian RM11.6 Juta Minggu Lepas - MBSB IB

KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) -- Pelabur asing mengakhiri jualan bersih selama dua minggu berturut-turut di Bursa Malaysia apabila kembali semula sebagai pembeli bersih dengan pembelian bernilai RM11.6 juta.

PMI Malaysia Meningkat Susulan Pesanan Baharu Capai Paras Tertinggi Tiga Tahun

KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Indeks Pengurus Pembelian (PMI) sektor pembuatan Malaysia meningkat kepada 50.1 pada November berbanding 49.5 pada Oktober disokong oleh lonjakan dalam tempahan baharu yang mencecah paras tertinggi dalam tempoh lebih tiga tahun, kata MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB).

Insentif Dalam Kerangka Industri Akan Dinilai Berdasarkan Hasil, Bukan Jumlah Pelaburan

KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Pemberian insentif di bawah Kerangka Insentif Pelaburan Baharu (NIIF) akan dinilai berdasarkan keberhasilan pelaburan, bukan lagi jumlah pelaburan, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

KDNK Malaysia Berkembang 4.6 Peratus Tahun Ini - MBSB IB

KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) --  MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB) menjangkakan keluaran dalam negara kasar Malaysia (KDNK) akan berkembang sebanyak 4.6 peratus tahun ini.

PayNet Perkenal Standee DuitNow QR Baharu, Pertingkat Kebolehlihatan Di Seluruh Negara

KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) memperbaharui reka bentuk ‘standee’ DuitNow QR (kod respons pantas) bagi meningkatkan kebolehlihatan dan keseragaman piawaian QR kebangsaan.

Pasaran Asia Catat Jualan Asing Sebanyak US$1.17 Bilion Minggu Lepas

KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Kalangan pelabur asing menjadi penjual bersih di lapan pasaran bagi minggu berakhir 28 Nov 2025 dengan aliran keluar berjumlah US$1.17 bilion (US$1 = RM4.13), berkurangan kira-kira 5.8 kali berbanding minggu sebelumnya.

Inisiatif RKB Di Bawah MITI Pertingkat Akses Kepada Pembiayaan, Perkukuh rantaian Bekalan Aeroangkasa

KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Inisiatif Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) telah diterjemahkan kepada impak ketara, menambah baik penyampaian perkhidmatan, mengurangkan birokrasi dan memupuk persekitaran yang lebih mesra perniagaan.

Untung Bersih Suku Ketiga MBSB Susut Kepada RM95.64 Juta

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- MBSB Bhd mencatatkan keuntungan bersih yang lebih rendah sebanyak RM95.64 juta pada suku ketiga tahun kewangan berakhir 30 Sept 2025 berbanding RM122.08 juta pada tahun sebelumnya.

Bursa Gantung Jualan Singkat Harian D&O Green Tech

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia Securities Bhd menggantung jualan singkat harian (IDSS) D&O Green Technologies Bhd untuk sepanjang hari ini.

Prestasi Dagangan Malaysia Diunjur Kekal Positif -- MBSB IB 

KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- Prestasi perdagangan Malaysia dijangka kekal positif dalam jangka masa terdekat, di tengah-tengah persekitaran global yang mencabar serta kelemahan permintaan daripada rakan dagang utama, kata MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB).