18hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Keupayaan Malaysia mempunyai asas-asas ekonomi kukuh, prospek pertumbuhan positif serta pelaksanaan langkah pembaharuan ketika ini akan terus menyokong ringgit susulan krisis di Timur Tengah, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
18hari ago
KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Ringgit dibuka hampir mendatar berbanding dolar AS pada Jumaat apabila sentimen pasaran pertukaran asing kekal berhati-hati susulan tiada petunjuk krisis di Timur Tengah mereda sepanjang minggu ini.
19hari ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Ringgit kekal dalam julat kecil dan ditutup rendah berbanding dolar AS pada Khamis berikutan ketegangan yang meningkat di Timur Tengah memberi kesan kepada sentimen pasaran dan menyokong dolar AS.
19hari ago
KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis disebabkan peniaga mengalihkan tumpuan kepada pengumuman kadar dasar semalaman (OPR) hari ini, walaupun terdapat konflik yang berterusan di Timur Tengah.
20hari ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Ketegangan geopolitik yang semakin memuncak di Timur Tengah, khususnya gangguan laluan tenaga di Selat Hormuz terus menjejaskan pasaran kewangan global apabila pelabur beralih kepada aset selamat susulan kebimbangan terhadap kesinambungan bekalan tenaga dunia.
20hari ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Ringgit mengakhiri penurunan selama tiga hari berturut-turut untuk ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu, disokong permintaan baharu terhadap unit tempatan.
20hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) menyasarkan untuk mengukuhkan jumlah eksport kayu bernilai RM32.8 bilion menjelang 2030 di bawah Dasar Agromakanan Nasional 2030 (DAKN 2030) dan Pelan Induk Industri Baharu (NIMP 2030).
20hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS hari ini namun dijangka kekal berdepan tekanan susulan ketegangan geopolitik yang semakin memuncak, dengan peniaga terus memilih dolar AS sebagai aset selamat.
20hari ago
PUTRAJAYA, 4 Mac (Bernama) -- Harga pengangkutan dan makanan dijangka menerima tekanan paling awal dan paling ketara susulan konflik geopolitik yang semakin memuncak di Timur Tengah.
20hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Perbadanan Pengurusan Kecairan Islam Antarabangsa (IILM), penerbit utama dunia bagi instrumen pengurusan kecairan jangka pendek patuh Syariah, berjaya menyelesaikan penerbitan semula sukuk jangka pendek bernilai US$1.185 bilion dan penerbitan baharu sukuk jangka pendek US$105 juta merentas lima tempoh berbeza.
21hari ago
KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB) mengekalkan unjuran asasnya bahawa ringgit terus mengukuh berbanding dolar AS, dengan purata pada 2026 adalah sekitar RM4.00 (2025: RM4.28).
21hari ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa apabila sentimen elak risiko mengukuhkan dolar manakala pelabur kekal berhati-hati berikutan konflik yang semakin memuncak di Timur Tengah.