Terdapat 891 berita berdasarkan kata kunci carian "berjaya"

Hungary Bangunkan Indeks Pembangunan Berharmoni Bagi Ukur Kesejahteraan Rakyat

KUALA LUMPUR, Jan 15 (Bernama) -- Hungary membangunkan Indeks Pembangunan Berharmoni (H2DI) sebagai rangka kerja global baharu bagi mengukur pembangunan mampan dan kesejahteraan masyarakat melangkaui keluaran dalam negara kasar (KDNK). 

JKDM Turunkan Kos Operasi Kepada RM2.13 Bagi Setiap Kutipan Hasil RM100 Pada 2025

KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menurunkan kos operasi kepada RM2.13 bagi setiap kutipan hasil yang bernilai RM100 pada 2025 kata Ketua Pengarahnya Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin.

IPO : Semico Capital Catat Premium 80 Peratus, Kumpul Modal RM23.2 Juta

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) --  Semico Capital Bhd mencatat kemunculan sulung yang kukuh di Pasaran ACE Bursa Malaysia hari ini dengan harga pembukaan 45 sen, sekali gus mencapai premium 80 peratus berbanding harga tawaran permulaan awam (IPO) pada 25 sen sesaham.

MBSB Investment Unjur Minyak Mentah Brent Antara US$55 Dengan US$60 Setong Pada 2026

KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) -- MBSB Investment Bank Bhd menjangkakan harga minyak mentah kekal rendah berikutan lebihan bekalan yang tinggi dan semakin meningkat sekali gus sukar diserap sepenuhnya oleh permintaan.

Yayasan Peneraju Perkenal Pakej Asas Percepat Kemahiran AI Bumiputera

KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) -- Yayasan Peneraju (YP) melengkapkan skim pembiayaannya dengan memperkenalkan pakej asas yang akan ditawarkan mulai esok 9 Jan, 2026, bertujuan mempercepat kemahiran tambahan bumiputera dalam latihan kecerdasan buatan (AI).

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Susulan Momentum Belian Bertambah Baik

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Jumaat dengan dagangan kebanyakannya tertumpu kepada kaunter berwajaran tinggi utama.

Brahim’s Rancang Kembang Dapur Katering Di PIA Tahun Ini, Tampung Peningkatan Permintaan

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- Brahim’s Dewina Group of Companies (Brahim’s) merancang mengembangkan dapur katering dalam penerbangannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PIA) tahun ini bagi menampung permintaan yang semakin meningkat sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.

Malaysia Catat Eksport Digital RM6.8 Bilion Antara 2024 Dan Separuh Pertama 2025 - MDEC

KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) -- Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) mencatatkan eksport digital berjumlah RM6.8 bilion antara tempoh 2024 dan Separuh Pertama 2025, yang mana merupakan satu pencapaian signifikan dalam industri ekonomi digital Malaysia.

Domino’s Pizza Malaysia Buka Peluang Francais Baharu Di Seluruh Negara

KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Domino’s Pizza Malaysia membuka peluang francais baharu di seluruh negara sebagai sebahagian daripada rancangan pengembangannya, mempelawa bakal usahawan dan pemilik perniagaan untuk berkembang bersama salah satu jenama piza paling dikenali di dunia itu.

BNM Umum Dana Tambahan RM2.5 Bilion Bagi PKS

KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) menyediakan dana tambahan sebanyak RM2.5 bilion di bawah Dana BNM bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS), dengan tumpuan penyalurannya kepada peminjam kali pertama. 

Bayaran Balik Lebihan Cukai Taksiran 2023, 2024 Diselesaikan Tahun Ini  -- PM Anwar

KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) --  Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan akan menyelesaikan sepenuhnya bayaran balik lebihan cukai bagi tahun taksiran 2023 dan 2024 pada tahun ini.

Industri MICE Raih Anggaran Impak Ekonomi RM1 Bilion Pada 2025

GEORGE TOWN, 4 Jan (Bernama) -- Industri penganjuran acara perniagaan atau Mesyuarat, Insentif, Persidangan dan Pameran (MICE) di Pulau Pinang mencatatkan anggaran impak ekonomi (EEI) sebanyak RM1 bilion pada tahun lepas.