12hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) harus menjadi tumpuan dalam usaha mempertingkatkan hubungan ekonomi Malaysia-India kerana India menawarkan peluang pasaran yang luas untuk perniagaan dari negara ini yang ingin berkembang ke luar negara.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Ringgit dibuka lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu, disokong oleh data ekonomi AS yang hambar seterusnya memberi tekanan selanjutnya terhadap mata wang itu.
12hari ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Ringgit mengakhiri urus niaga hari ini dengan mencecah satu lagi paras tertinggi dalam tempoh lebih tujuh tahun berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada 3.95 hari ini dengan ahli ekonomi menjangkakan paras sokongan baharu seterusnya pada RM3.8722.
12hari ago
KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Bank Muamalat Malaysia Bhd telah mengukir nama di pentas global selepas menerima "Anugerah Kecemerlangan Bank Islam Terulung Dunia 2026" yang berprestij di London, United Kingdom.
12hari ago
LABUAN, 27 Jan (Bernama) -- Projek stesen janakuasa Rancha yang bakal dibina di sini dijangka dapat mengukuhkan lagi jaminan bekalan kuasa Labuan, menyelesaikan isu gangguan elektrik yang berlarutan dan meningkatkan daya tarikan pulau itu sebagai destinasi pelaburan.
13hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama) -- Malton Bhd telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Dongguan Benling Vehicle Technology Co Ltd (BENLG) dari China untuk menerokai penubuhan kilang pemasangan tempatan dan sistem pengedaran motosikal elektrik di Malaysia.
13hari ago
PASIR GUDANG, 26 Jan (Bernama) -- Malaysia sedang memperkukuh kepimpinannya dalam penerbangan mampan dan peralihan tenaga melalui pelancaran loji bahan api penerbangan mampan (SAF) berskala komersial pertama negara di Tanjung Langsat hari ini.
14hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama) -- Kalangan pelabur asing kekal sebagai pembeli bersih bagi minggu ketiga berturut-turut pada minggu lepas dengan aliran masuk asing bersih sebanyak RM510 juta, demikian menurut MBSB Investment Bank Bhd (MBSB).
15hari ago
CHENNAI, 25 Jan (Bernama) -- ManageEngine yang juga unit teknologi maklumat (IT) Zoho Corporation, merancang untuk membuka sebuah pusat data di rantau ASEAN pada tahun ini.
16hari ago
KUALA LUMPUR, 24 Jan (Bernama) -- Syarikat Austria berminat untuk memperluas kerjasama dalam pembangunan tenaga hidro dengan Malaysia, menawarkan teknologi terkini dan kepakaran untuk menyokong matlamat tenaga boleh baharu (TBB) negara dan memenuhi permintaan terhadap elektrik yang meningkat daripada sektor seperti pusat data.
16hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 24 Jan (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan lebih tinggi berikutan pelabur kekal optimis terhadap mata wang tempatan, dengan sasaran untuk melepasi semula paras 4.00 minggu depan.
16hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Ringgit melepasi paras psikologi penting 4.00 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) apabila mencecah paras tertinggi dalam tempoh lebih tujuh tahun pada 3.9992 hari ini, didorong kekukuhan prospek ekonomi Malaysia, keredaan ketegangan geopolitik serta keputusan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman.