BERITA TERKINI   Kerajaan bekerjasama dengan KPDN pastikan manfaat pengukuhan ringgit sampai kepada rakyat - Amir Hamzah | 8.1 juta penerima telah tebus SARA untuk Semua setakat Jumaat lepas, libatkan perbelanjaan hampir RM780 juta - Amir Hamzah | Bayaran dam musim haji tahun ini ditetapkan RM810 bagi seekor kibas, bayar mulai 1 Ramadan - Tabung Haji | Bakal jemaah yang melaksanakan haji Tamattuk dan Qiran perlu bayar dam lebih awal sebagai pra-syarat proses pengeluaran visa haji  - Tabung Haji | 2,571 kes Tibi direkodkan di seluruh negara setakat ini - Kementerian Kesihatan | 

Terdapat 95 berita berdasarkan kata kunci carian " semakan semula"

Malaysia Pertahan Dasar Kewangan, Perolehan Dan Bumiputera Berikutan Penurunan Tarif Eksport AS

KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Kerajaan kekal tegas dalam perkara berkaitan dasar dalam sistem kewangan, perolehan kerajaan dan kepentingan Bumiputera semasa rundingan dengan Amerika Syarikat (AS) mengenai tarif timbal balik.

Langkah Batal Cukai Barang Bernilai Tinggi Tidak Jejas Unjuran Hasil RM700 Juta - Ahli Ekonomi

Oleh Niam Seet Wei

KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) -- Keputusan kerajaan tidak meneruskan cadangan cukai barang bernilai tinggi (HVGT), yang dulunya dikenali sebagai cukai barang mewah, tidak akan menjejaskan perolehan cukai sebanyak RM700 juta yang dijangka diperoleh daripada pelaksanaannya, kata ahli ekonomi.

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka meningkat sedikit pada hari ini, disokong oleh minat belian sederhana susulan gencatan senjata Thailand-Kemboja yang terbukti membantu meredakan kebimbangan berkaitan politik serantau.

SST Dan Tarif Baharu Elektrik: Langkah Strategik Perkukuh Kewangan Negara

Oleh Nurul Hanis Izmir

PUTRAJAYA, 6 Julai (Bernama) -- Ketika negara melangkah ke separuh kedua 2025, penyelarasan semula fiskal melalui peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dan semakan tarif elektrik dilihat sebagai langkah strategik kerajaan untuk mengukuhkan kewangan sambil mengutamakan kebajikan rakyat.

Malaysia Berjaya Raih Potensi Pelaburan RM8.13 Bilion Di Itali - PM Anwar

Oleh D.Arul Rajoo

ROM, 3 Julai (Bernama) -- Malaysia berjaya meraih potensi pelaburan sebanyak RM8.13 bilion menerusi mesyuarat meja bulat kerjasama ekonomi Malaysia dan Itali serta mesyuarat dua hala bersama-sama syarikat di sini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

SAMENTA Sambut Baik Semakan Semula Peluasan SST

KUALA LUMPUR, 27 Jun (Bernama) -- Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA) menyambut baik semakan semula Kementerian Kewangan (MoF) terhadap peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), ia sangat bermakna kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Selepas Epal Dan Oren, MoF Umum Khidmat Kecantikan Dikecualikan Peluasan Cukai Perkhidmatan

KUALA LUMPUR, 27 Jun (Bernama) -- Kementerian Kewangan (MOF) hari ini mengumumkan selepas meneliti sentimen awam, kerajaan memutuskan untuk tidak meneruskan cadangan peluasan skop Cukai Perkhidmatan bagi perkhidmatan kecantikan seperti rawatan kuku, rawatan wajah serta khidmat gunting rambut dan pendandan rambut.

PBA Holdings Peruntuk Capex RM86.8 Juta Untuk 2025

GEORGE TOWN, 26 Jun (Bernama) -- PBA Holdings Bhd (PBAHB) memperuntukkan perbelanjaan modal (capex) sebanyak RM86.8 juta untuk 2025 dalam usaha menaik taraf infrastruktur bekalan air di Pulau Pinang.

Saham TNB Susut Dalam Dagangan Awal Selepas Pengumuman Semakan Semula Jadual Tarif

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Saham Tenaga Nasional Bhd (TNB) menunjukkan aliran rendah dalam dagangan awal hari ini selepas pengumuman semakan semula jadual tarif bagi Tempoh Regulatori Keempat (RP4) di bawah kerangka kerja kawal selia berasaskan insentif (IBR) yang akan berkuat kuasa mulai 1 Julai 2025.

Permohonan Pendaftaran Baharu Skop Cukai Perkhidmatan & Kadar Cukai Jualan Dibuka Mulai 1 Ogos

KUALA LUMPUR, 22 Jun (Bernama) -- Kementerian Kewangan (MOF) mengumumkan bahawa permohonan pendaftaran baharu berkaitan peluasan skop cukai perkhidmatan serta semakan kadar cukai jualan yang berkuat kuasa mulai 1 Julai 2025, boleh dibuat mulai 1 Ogos 2025.

Gula Bertapis Kekal Tidak Dikenakan Cukai Di Bawah Semakan SST - MOF

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Gula bertapis atau lebih dikenali sebagai gula putih, kekal tidak dikenakan cukai di bawah semakan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang berkuat kuasa mulai 1 Julai 2025, kata Kementerian Kewangan (MOF).

MSM Ulangi Gesaan Tarif Ke Atas Gula Import, Tangani Lambakan Di Pasaran

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Bernama) -- MSM Malaysia Holdings Bhd (MSM) hari ini mengulangi gesaan agar kerajaan mengenakan tarif ke atas gula import  bagi menangani lambakan gula Thailand yang berharga lebih rendah di pasaran tempatan.